Resipi Sup Ayam

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Resipi Sup Ayam

Hye Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti hari tu korang buat apa? Kalau dapat pergi jalan jalan mesti best kan. Tapi tu lah...asik hujan je buat masa ni so mood nak keluar berjalan jalan tu tak ada. Mood yang ada hanyalah duduk depan tv tengok movie yang ada. Lepas tu sambil makan segala macam makanan yang ada kat rumah. Memang satu aktiviti yang menggemokkan betul. Tapi asik tengok tv je bosan jugak.mbukan semua cerita best best. So apa lagi...saya pon buat operasi mengemas dapur la.

Korang tahu tak mengemas dapur ni memang penting bagi semua rumah yang ada dapur. Tapi kadang kadang ada orang yang tak faham maksud kemas dapur ni. Yang mereka faham kemas dapur ialah sapu sampah sampah dan habuk yang ada atas lantai lepas tu basuh dan susun pinggan. Sebenarnya kemas dapur ni lebih dari itu. So saya mulakan dengan membersihkan peti ais. Penting peti ais ni kat rumah. Kalau tak ada macam mana la kita nak simpan makanan kita. Cepat rosak la kalau biar atas meja je. So kena lah bersihkan...freezer tu kena la buang ais yang melekat di tepi tepinya...then cek la fridge kita tu...kalau ada makanan yang dah terlalu lama atau rasa macam dah tak perlu...buang sahaja. Kadang kadang disebabkan kita tak bersihkan fridge kita...kita tak perasan rupanya ada makanan yang dah rosak sebab lama sangat tersimpan dan kita tak perasan.

Lepas tu kita bersihkan pinggan mangkuk kita yang tersimpan dalam almari tu. Kadang kadang ada lipas dalam almari tu. Kena lah bersihkan lepas tu letak ubat halang lipas. Mana pinggan mangkuk kita yang dah rosak tu kita tukar lah dengan yang baru. Kalau asik disimpan je tiada guna jugakkan.

Selepas tu kita bergerak ke almari makanan kering kita serta tempat simpan segala macam bawang, halia, cili dan macam macam lagi lah. Kadang kadang ada makanan kering kita yang dah tamat tarikh luput. Kena lah diperiksa dan dibuang. Takut kita tak perasan dan terguna...tak pasal pasal sakit perut pulak keluarga kita nanti. Untuk bawang, halia, cili dan segala bagai tu kita periksa lah. Mungkin ada yang dah rosak sebab kita tak pakai. Kalau tak dibuang...itu yang boleh mendatangkan lipas dalam rumah tu. Dan paling penting bila kita kemas dapur...secara tak langsung kita dapat periksa apa keperluan dapur yang dah habis.

So masa saya tengah kemas peti ais tu, baru saya perasan ada ayam yang dah lama sangat duduk terperuk di dalam peti ais tu. Sebab terlindung dengan bahan bahan lain...jadi saya tak perasan. Ayam tu dah keras macam batu dah. Nak dibuang tapi masih boleh dimasak dan rasa membazir pulak. Duduk la termenung lima minit memikirkan nasib ayam tu. Dan akhirnya...keluar lah idea nak buat sup ayam. Sesuai sangat dengan ayam yang dah keras kamatu tu. Rasa rempH ratus yang kuat dari supmtu dapat lah di balance kan dengan rasa ayam yang dah tak berapa segar tu. Saya share kan resipi sup ayam saya.

Resipi Sup Ayam.

Bahan-bahan
  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang (di potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • daun sup dan daun bawang (di cincang halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • Serbuk perasa maggi


Bahan kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam


Cara masak :

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2. Kemudian masukkan ayam dan tunggu sekejap.
3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang,  masak hingga empuk
5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa maggi.
6. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang.
, , ,