Hye Assalamualaikum
Jumpa lagi kita ye dalam blog ini. Siapa yang tengah baca sekarang ni...saya nak ucapkan banyak banyak terima kasih kepada korang. Dan korang merupakan spesies yang sangat terbaik. Mana tidaknya, orang lain kalau nak cari resipi terus sahaja kepada resipi. Tak ada pon nak baca baca benda lain. Tapi korang sanggup baca. Terima kasih banyak banyak ye. Love you guys. Blog resipi ni pon tidak kurang pelik nya. Orang lain bagi terus resipi, tapi saya siap berceloteh dulu baru boleh bagi resipi. Lumrah lah kalau suri rumah. Banyak luahan perasaan. Kalau luahkan kat kucing...orang kata gila pulak nanti.
Eh korang, korang pernah tak teman husband korang pergi sembelih lembu? Especially masa hari raya korban? Tak pun kalau keluarga korang ada buat korban. Kalau ada bagus. Kalau tak ada cuba lah join. Seronok sangat. Ni saya nak bercerita tentang sembelih lembu tapi dalam masa yang sama ia berkaitan dengan resipi kita hari ini. Bukannya apa, saya teringat tentang aktiviti sembelih lembu semasa hari raya korban. Saya berkesempatan join satu tempat ni buat korban. Ramai orang yang datang membantu. Yelah kalau tak ramai bula nak siap sedangkan banyak lembu yang hendak dikorbankan.
Biasanya orang lelaki akan sembelih dan melapah. Dan kaum perempuan akan potong kecil kecil bahagian daging itu dan timbang untuk di agihkan kepada yang memerlukan.
Dan saya ni jarang join aktiviti ni. Agak excited la juga. So saya dapat la tahu proses orang buat korban dari mula hingga lah selesai. Tapi Pada awal awal program tu...ada perkara yang menjadi persoalan besar untuk saya. Selalu saya ke kedai jual daging ada banyak daging jelah. Tak ada pulak banyak tulang. Hari tu masa aktiviti tu di jalankan...saya tengok ada banyak tulang tulang lembu. Yang biasa dimakan mestilah dagingnya kan. Habis tu tulang tulang tu takkan dibuang? Itu lah yang menjadi persoalan. Dan akhirnya persoalan saya terjawab juga apabila ada satu kumpulan makcik makcik ni datang bersama periuk besar siap dengan dapur memasak sekali. Bahan bahan memasak seperti daun sup, bawang, kentang dan rempah ratus pon ada dibawa juga. Rupa rupanya, kat tempat tu....lembu yang dikorbankan dagingnya dimbang dan diagihkan sama banyak kepada yang memerlukan. Manakala tulang tulang lembu itu di masak sup dan dijamu kepada semua yang terlibat dalam aktiviti korban itu. Bayangkan lah dah penat penat melapah lembu...dijamu dengan sup tulang bersama roti. Hilang semua rasa penat.
Semasa semua tengah sibuk melapah dan mengagihkan daging itu, makcik makcik tadi pon dah mula memasak sebab sudah ada tulang tulang lembu yang tersedia. Saya pun terus bertukar tempat dan join group makcik makcik memasak ni. Sebab bau sup yang mereka sedang masak tu sangat menyelerakan. Saya tidak lepaskan peluang untuk bertanya tanya tentang resipi mereka. Biasalah air tangan orang yang lebih tua ni boleh tahan hebatnya. Kat sini saya kongsikan resipi sup tulang resipi daripada makcik makcik yang saya borak masa tu ye.
Resepi Sup Tulang
Bahan bahan:
- 1 kg tulang lembu (rebus dahulu hingga empuk)
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
- Air rebusan tulang secukupnya
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 2 biji kentang (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 batang celery (dihiris)
- Daun sup dan daun bawang (dihiris)
- 3-4 biji cili padi (dihiris)
- Bawang goreng
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 batang lobak merah
- 1 batang celery
- 1 batang leek
Cara cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kemudian kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapidan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Biarkan sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng.
Selamat mencuba.