Resepi Cheff: Resepi Trg

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Showing posts with label Resepi Trg. Show all posts
Showing posts with label Resepi Trg. Show all posts

Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu
Mee Rebus Terengganu

Bahan-Bahan:
  • Mee Kuning
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 hiris  Bawang Besar
  • 1 biji Telur
  • Sebiji Lada Besar dipotong 
  • Sawi
  • Ayam Dipotong Dadu
  • Air
  • Lada Hitam ditumbuk

Cara cara memasak Mee Rebus Terengganu :

  1. Tumis  bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, bawang besar, lada, sawi, ayam.
  3. Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya. 
  4. Bila sudah masak masukkan mee kuning.
  5.  Makan semasa panas.Tuang sedikit sos cili diatasnya.

Nasi Dagang Terengganu

nasi dagang

Nasi Dagang Terengganu 
Sumber: Orang lama

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang:
  • 3 Cawan Beras Siam
  • 1 Cawan Beras Pulut
  • 2 Cawan Santan Cair
  • 2 Cawan Santan Pekat
  • 4 Ulas Bawang Merah dihiris halus
  • 1 Inci Halia dihiris halus
  • Sedikit Alba
  • Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
  • 1 Ekor Ikan Tongkol dikukus
  • 1 Mangkuk Santan
  • 2 Sudu Rempah
  • 3 Keping Asam
  • 5 Sudu Besar Cili Giling
  • Sedikit Cili Padi
  • Garam secukup rasa
Bahan A:
  • 10 Ulas Bawang Merah
  • 1 Ulas Bawang Putih 
  • ½ Inci Halia
  • ½ Inci Lengkuas


Cara:Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

  1. Rendam beras dan beras pulut selama 6 jam, toskan, kemudian kukus selama 1/2 jam.
  2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata. kukus sekali lagi hingga masak. 
  3. Angkat dan masukkan santan pekat, alba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Nasi Dagang Terengganu siap.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

  1. Masak santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan A yang dikisar, rempah dan asam keping. 
  2. Masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Masukkan pula garam secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat. Siap untuk dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu 


* Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun 
   Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol, boleh diganti dengan ikan kembung 
   Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Nasi Impit Sambal Hitam - Makanan Tradisi Terengganu



Nasi Impit Sambal Hitam
Nasi Impit Sambal Hitam


Makanan Tradisi Terengganu


Bahan-bahan untuk Sambal
  • 1 biji kelapa parut  digoreng sampai garing

Bahan B
  • 5 ekor ikan selayang direbus dan  ambil isinya
  • 5 batang serai  dihiris
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 keping nisan/ gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Nasi Impit Sambal Hitam
  1. Kelapa parut digoreng garing. Bahan B dikisar
  2. Gaul semua bahan tersebut sehingga sekata
  3. Goreng sampai kering. Tambah sedikit gula melaka jika kurang manis kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
  4. Sejukkan dan kisar dengan agak-agak separuh lumat.
  5. Siap. Hidang bersama nasi himpit.

Resepi kuah laksam

Resepi kuah laksam
Bahan-bahan:
  • 1kg ikan selayang / kembung direbus dan ambil isinya sahaja
  • 1kg santan pekat
  • garam dan gula  
Bahan kisar:
  • 2in halia
  • 9 biji bawang merah
  • sedikit lada hitam

Cara-cara masak kuah laksam:
  1. Masukkan santan kedalam periuk bersama isi ikan, bahan kisar dan air. Masak menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga masak. Kacau sekali-sekala.
  3.  Siap.

Ulam-ulaman (dipotong halus @ diracik)

  • Timun
  • Kacang panjang
* Satukan kedalam bekas dan gaul rata
 Sedap dimakan dengan belacan, asam limau dan cili boh

Laksam Ganu

Laksam Ganu

Bahan-bahan:

  • 6 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 cawan air suam

Cara-cara masak Laksam Ganu:

  1. Campur dan kacau semua bahan hingga sebati.
  2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
  3. Tuang tepung ke atas tudung periuk dan kukus selama 4 minit.
  4. Bila dah masak, angkat dan gulung laksam tersebut
Resepi Kuah Laksam...

Laksa Kuah Putih - Made in Terengganu

Laksa Kuah Putih

Laksa Kuah Putih

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • Santan 1 biji kelapa
  • lada lumat
  • asam limau
  • belacan
  • garam
Bahan kisar
  • 6 ekor ikan selayang – dikukus ambil isi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam
Bahan Ulam
  • timun
  • kacang panjang dipotong kecil-kecil

Cara-cara membuat  Laksa Kuah Putih :

  1. Rebus laksa sehingga  lembut, toskan. Ketepikan
  2. Masukan santan ke dalam periuk
  3. Masukan bahan kisar ke dalam santan dan masak jangan sampai pecah minyak.
  4. Masukan garam secukup rasa.Siap untuk kuah
  5. Hidangkan bersama belacan, cili boh, garam, limau nipis dan ulam

Nasi Kerabu


Bahan-bahan untuk nasi kerabu :(sukatan & olahan  cara rohaisha)


  • 1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik


Cara memasak Nasi Kerabu :


  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Cara:

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota Kak Azie:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:

  • 1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Cara:

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman:

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Cara:

  1. Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Lauk Pauk:(pilihan)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:

  1. letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Nasi Minyak Terengganu

Nasi Minyak Terengganu
Resepi : Nasi Minyak Terengganu



Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu :

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.

Laksa Terengganu Kuah Merah


Laksa Terengganu Kuah Merah

Bahan-bahan
  • 1kg laksa  
Bahan utk kuah:
  • 500g ikan selayang - direbus dan dibuang tulang dan dikisar halus
  • santan 1 biji kelapa
  • 50g gula melaka
  • 50g kerisik
  • 50g rempah gulai bunga rose
  • 5 keping asam keping
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa


Bahan dikisar
  • 100 gm cili
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas

Bahan ulaman dihiris
  • 150g kacang panjang
  • 200g kubis bulat
  • 100g timun

Cara membuat Laksa Terengganu Kuah Merah :

  1.  Laksa direbus hingga lembut kemudian toskan.
  2. Untuk kuah laksa, tumis bahan dikisar hingga naik minyak. Masukkan santan, asam keping ikan, garam, gula, rempah gulai dan kerisik.
  3. Masak hingga naik minyak dan agak pekat
  4. Hidang laksa bersama bahan ulaman yang dihiris


Lempeng Nyior



Lempeng Nyior
Lempeng Nyior

Makanan Tradisi Terengganu


Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji kelapa muda diparut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Cara Membuat Lempeng Nyior :

  1.  Kelapa muda diparut yang putih sahaja. Jangan sampai tempurung kelapa.
  2. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam besen.
  3. Air dimasukkan sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
  4. Gunakan kuali leper untuk memasak. Sapukan sedikit mentega pada kuali tu.
  5. Balikkan lempang tersebut sehingga masak.



Kuih Puteri Mandi


Kuih Puteri Mandi
Kuih Puteri Mandi
Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:
  • 1 paket tepung pulut
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit pewarna

Inti:
  • 1 biji kelapa  muda - diparut
  • Gula melaka secukupnya
  • daun pandan
  • Air secukupnya

Cara Membuat Kuih Puteri Mandi :

  1. Masukkan tepung pulut  ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .Masukkan pewarna mengikut citarasa sendiri. Biasa diguna hijau la. yang biru xder.
  2.  Didihkan setengah periuk air.
  3. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat sehingga habis.
  4. Apabila masak adunan akan timbul. Angkat mana2 adunan yang timbul tu  dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  5. Untuk Intinya pula, masak air, kemudian masukkan gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  6. Masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat. 
  7. Puteri-puteri tadi bolehlah dicampak ke dalam inti tadi. Gaul hingga rata.
  8. Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.

Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk Terengganu
Bubur Lambuk Terengganu 
Sumber: turun-termurun

Bahan-Bahan:
  • 1 pot beras putih
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan 
  • 2 sudu  kerisik 
  • pucuk paku
  • pucuk manis
  • sedikit daun kesum - dihiris halus
  • sedikit daun kunyit - dihiris halus
  • garam secukup rasa
  • *pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya 

Bahan Kisar/Tumbuk:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • lada hitam secukup rasa
  • 1 inci halia


Cara - cara membuat Bubur Lambuk Terengganu :

  1. Masak beras sehingga menjadi bubur.
  2. Masukkan bahan kisar, kerisik, garam dan sedikit gula kemudian kacau rata.
  3. Masukkan pucuk paku, pucuk manis, daun kesum dan daun kunyit.
  4. Masukkan santan dan biarkan menggelegak  sehingga cukup kepekatan bubur.
 Cadangan Hidangan:
  1. Hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang dan bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan.
  2. Boleh juga dituang budu seperti kebiasaan dimasak  di Terengganu.
  3. Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk.