Nasi Kerabu

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Nasi Kerabu



Bahan-bahan untuk nasi kerabu :(sukatan & olahan  cara rohaisha)


  • 1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik


Cara memasak Nasi Kerabu:

  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Cara:

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota Kak Azie:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:

  • 1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Cara:

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman:

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Cara:

  1. Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Lauk Pauk:(pilihan)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:

  1. letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.
, , , , , ,