Kek Coklat Kukus Lembab

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Coklat Kukus Lembab



Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum diayak
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten diayak
  • 1 sudu kecil baking powder diayak
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur 
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak 
  • Sedikit  esen vanila
TOPPING:
  • 4 sudu  susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu  butter
  • 2 sudu susu segar

Cara-cara membuat Kek Coklat Kukus Lembab :

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Masukkan sedikit esen vanila. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung,serbuk koko dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
  3. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak  gaul sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. kukus selama 45min.
  5. Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping, campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Curahkan atas kek yang dah sejuk tadi. Hias
  7. Simpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Siap..untuk dimakan..
, , , , , , , , ,