Nasi Tomato

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Nasi Tomato


Nasi tomato

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam 
  • Bawang goreng - hiasan
Bahan tumis: 
  • 2 sudu minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1/4 bawang besar dihiris

Cara-cara membuat Nasi tomato:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yang siap dicuci. Kacau seketika. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
  3. Masak seperti biasa hingga nasi masak.
  4. Tabur bawang goreng setelah nasi masak. 
  5. Siap untuk dimakan bersama Kari Daging.
, , , ,