Carian Resepi
Showing posts with label Masak Lemak. Show all posts
Showing posts with label Masak Lemak. Show all posts
Daging Salai Masak Lemak
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua? Macam mana dengan cuti korang? Semua berjalan lancer? Dan berapa banyak resipi baru yang korang try?
Saya baru sahaja balik dari Melaka. Biasalah jalan jalan hujung minggu. Merehatkan minda yang kadang kadang stress ni. Tapi tak adalah stress mana pon. Saja je gedik nak menghabiskan duit.
Korang tahu tak, trend dah berubah sekarang. Kalau dulu….yang menjadi kebiasaan apabila orang dating ke Melaka adalah untuk melawat tempat tempat bersejarah sambil memperingati peristiwa peristiwa bersejarah Negara. Tetapi sekarang semuanya mula berubah.
Pengunjung sama ada dari dalam Negara atau dari luar Negara yang datang ke Melaka masih tidak berubah…tetapi tujuan berkunjung ke Melaka sudah berubah. Ini pada pandangan saya dan apa yang berlaku terhadap diri saya lah. Ini kerana…saya banyak menghabiskan masa datang ke Melaka dengan pergi ke restoren restoren yang viral di social media. Dan sebelum memulakan perjalanan pastinya saya akan mencari dahulu di internet…dimanakah restoren makanan yang popular dan rasanya yang sedap.
Sebenarnya banyak restoren yang popular di Melaka disebabkan kesedapannya, tapi disebabkan kekangan waktu…tidak banyak restoren yang saya sempat kunjungi. Dan yang lebih malang lagi…apabila saya sampai di kedai tersebut, saya tak dapat membeli dek kerana ramainya pelanggan yang beratur bagi membeli makanan disitu. Sebagai contoh dari pengalaman saya sendiri ialah kedai kuih keria antarabangsa Haji Jalil. Dari luar korang hanya akan Nampak kereta yang banyak berhenti di tepi jalan…tetapi korang tak Nampak pon orang beratur untuk membeli. Jadi korang pon dengan yakinnya meletakkan harapan yang tinggilah untuk membeli. Senyuman masa t upon dah lebar lah kan. Korang cuba masuk ke dalam kedai. Pastinya harapan korang tadi akan berkubur dan senyuman yang manis tadi akan serta merta menjadi tawar kerana barisan yang sangat sangat panjang beratur untuk membeli. Boleh mencecah sehingga seratus orang yang beratur untuk membeli kuih keria disitu. So korang bayangkan lah betapa panjangnya barisan semata mata untuk membeli kuih keria disitu. Tetapi apa yang bagusnya ialah pihak kedai tidaklah membuat para pelanggan beratur di tengah panas atau hujan. Semua beratur di dalam kedai…terlindung dari hujan dan panas. Dan dari cerita yang saya dengar…setiap pelanggan hanya boleh membeli 20 ketul kuih keria sahaja.
Berbalik kepada cerita saya dan kuih keria tadi…disebabkan barisan yang teramat panjang…jadi saya pon memadam la hasrat untuk membeli kuih keria disitu. Mungkin ini kelemahan saya sendiri yang memang tidak mampu nak beratur panjang hanya untuk medapatkan sesuatu makanan yang viral. Tapi untuk saya…makanan jelah yang saya tak sanggup….tapi kalau benda lain mungkin boleh lagi kot nak gagahkan diri beratur panjang. Ada satu lagi kedai yang popular oleh orang ramai di Melaka tapi saya rasa entry saya ni dah terlalu panjang. Jadi saya rasa baik saya sambung di entry akan dating. Sapa yang nak tahu boleh tunggu entry saya yang akan dating. Sekarang, kita terus dengan resepi baru iaitu daging salai masa lemak cili api.
Daging Salai Masak Lemak
Bahan A
- 500 gram daging
- 3 biji manga muda (dipotong 4)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 cawan santan pekat
- garam secukup rasa
Bahan B ( dikisar)
- 20 biji cili api
- 1 inci kunyit hidup
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan air
Cara memasak
1. daging dibasuh dan tuskan. Gaulkan dengan sedikit garam dan bakar sehinga masak. Kemudian potong kecil.
2. Masukkan daging, manga, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan daging lembut.
3. Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Apabila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan angkat
5. Sedia dihidangkan.
Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
![]() |
Pucuk Paku Masak Lemak |
Bahan-Bahan:
- 2 ikat sayur pucuk paku
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 sudu udang kering
- 5 biji cili padi
- 1inci kunyit hidup
- garam
Cara Penyediaan:
- Bersihkan dan potong pucuk paku daun dan batang yang lembut anggaran 1in panjang.
- Tumbuk cili api dan kunyit. Ketepikan.
- Rendam sekejap udang kering dan tumbuk kasar.
- Panaskan periuk, masukkan santan dan bahan ditumbuk ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut.
- Masukkan garam secukup rasa.
Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan :
- 1 ikat pucuk ubi
- 4 cawan santan
- Segenggam ikan bilis
- 1 keping asam keping
- 1 btg serai dititik
- Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk lumat :
- 9 biji cili api
- 2 cm kunyit hidup
Cara Memasak Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api :
- Basuh pucuk ubi dan toskan. Potong kecil. Ketepikan.
- Panskan air dalam periuk, masukkan bahan tumbuk , ikan bilis , serai, asam keping serta santan dalam periuk kemudian kacau. Tunggu sehingga kuah hampir mendidih.
- Masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata semua bahan,
- Masukkan garam secukupnya. Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah sebati dgn kuah boleh ditutup api dapur .
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
- 4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
- 2 helai daun kunyit dimayang halus
- 3 batang serai, diketuk
- 1 keping asam gelugor
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar halus:
- 27 biji cili padi
- 7 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- segengam ikan bilis halus
Cara Menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat
- Masukkan ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk. Gaul rata dan masak seketika hingga ayam kecut. Masukkan kentang, masak hingga kentang empuk.
- Masukkan santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
- Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
- Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Dah rasa ok Tutup api.
- Ayam Masak Lemak Cili Padi sedia dihidang
Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
- 2 ekor Ikan keli
- 200 ml Santan
- 4cm Kunyit
- 2 batang Serai
- 7 btg Cili padi
- Garam dan gula secukupnya
- Air
Cara Memasak Ikan Keli Masak Lemak
- Bersihkan ikan, toskan. Tumbuk kunyit dan cili padi. Titikkan serai.
- Masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan juga air.
- Masukkan bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan keli. Tunggu kuah mendidih sekali lagi.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar.
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan
- 4 potong ikan Tenggiri
- Santan secukupnya
- 7 biji belimbing buluh
- 2 batang serai dititik
- Selai daun kunyit
- 1 biji tomato
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Ditumbuk
- 2 inci kunyit
- 7 biji cili padi
Cara Memasak Ikan Tenggiri Masak Lemak :
- Cuci Ikan dan tos
- Panaskan periuk, masukkan santan, bahan ditumbuk.
- Biarkan mendidih sambil kacau supaya santan tak pecah minyak
- Masukkan ikan, daun kunyit, garam dan gula.
- kacau perlahan sehingga ikan dah masak. Tutup Api.
- Potong tomato dan masukkan kedalam periuk.
- Teruskan kacau seketika w/pun api dah dimatikan.
Telur Itik Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan :
- 4 biji telur itik
- 4 cawan santan
- 1 helai daun kunyit
- 1 batang serai
- Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
- 9 biji cili api
- 1 inci kunyit hidup
Cara memasak Telur Itik Masak Lemak Cili Api :
- Masukkan santan, daun kunyit dan serai serta bahan ditumbuk ke dalam periuk. Gaul dan masak sampai kuah santan mendidih.
- Pecahkan stu persatu telur dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk.
- Perlahankan api dan tutup periuk seketika.
- Selepas 5 minit buka periuk dan kacau perlahan2.
- Masukkan garam secukup rasa dan bila telor dah masak, tutup api.
- Telur Itik Masak Lemak Cili Api siap untuk dihidang
Nenas Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan :
- Sebiji nenas kupas n celur sekejap
- Isi ikan kurau secukupnya
- 3 cawan santan pekat
- 2 batang serai diketuk
- garam secukup rasa
- 8 biji ciliapi ditumbuk lumat
- 3 cm kunyit hidup ditumbuk
Cara cara memasak Nenas Masak Lemak Cili Api
- Kupas nenas, potong kecil dan celur seketika, toskan.
- Rendam ikan kurau, basuh bersih dan toskan
- Masukkan santan, cili api, kunyit dan serai kedalam periuk.
- Masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan ikan masin dan nenas, kacau dan biarkan kuah mendidih.
- Apabila ikan dan nenas dah masak, tutup api.
- Nenas Masak Lemak Cili Api siap dan sedia dihidang.
Ketam Masak Lemak Cili Api
KETAM MASAK
LEMAK CILI API
Gambar asal: Disini
Bahan-bahan
250g ketam (dibersihkn)
7 biji cili hijau
1½ cawan santan kelapa yg di parut
1 keping asam gelugur
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu besar garam secukup rasa
½ sudu kecil perasa
Bahan-bahan
250g ketam (dibersihkn)
7 biji cili hijau
1½ cawan santan kelapa yg di parut
1 keping asam gelugur
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu besar garam secukup rasa
½ sudu kecil perasa
Cara-cara membuatnya
1- Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2- Masak selama 5-7 minit.
Siap, angkat dan hidangkan.
(scha)
Kepah Masak Lemak
KEPAH MASAK LEMAK
Bahan-bahan
1 kilo kepah (dibersihkan)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 kilo kepah (dibersihkan)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili merah/ cili padi
(ditumbuk)
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
½ sudu besar garam, gula & perasa
1 asam keping
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, masukkan kepah, serai, serbuk kunyit, asam keping, garam, gula dan perasa, biarkan ia mendidih dan kering sedikit.
2- Kemudian, baru masukkan santan dan juga air sedikit..masak selama 10 minit. Siap dihidangkan
Selamat mencuba.
1 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
½ sudu besar garam, gula & perasa
1 asam keping
½ cawan air
Cara-cara membuatnya
1- Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, masukkan kepah, serai, serbuk kunyit, asam keping, garam, gula dan perasa, biarkan ia mendidih dan kering sedikit.
2- Kemudian, baru masukkan santan dan juga air sedikit..masak selama 10 minit. Siap dihidangkan
Selamat mencuba.
(scha)
Masak Tempoyak Daun Kayu
Bahan bahan:
- Pucuk ubi kayu..hiris halus (drebus dlu)
- Pucuk kadok..hiris halus
- Daun kunyit...hrs halus
- Serai..hiris halus
- Kunyit hidup n cili api merah..blander
- Tempoyak
- Santan
- Udang
- PETAI
- Masukkn bhn blander, tempoyak, serai, petai n daun kunyit dlm kuali n kacau hgga mengelegak..
- Masukkn daun kadok, daun ubi yg drebus td, santan...perasakan..kacau hngga pekat sikit..
- Siap!!!!
Nangka Masak Lemak
- 300 gm nangka muda-rebus hingga lembut
- 250 ml santan
- 100 gm ikan bilis
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm kunyit hidup
- 1 cm halia
- 6 btg cili padi
- 2 btg serai – diketuk
- 1 keping asam keping
- Sedikit garam
- Air
- Sedikit minyak masak
Cara cara penyediaan Nangka Masak Lemak :
- Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih kunyit, halia dan cili padi bersama air secukupnya.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan nangka yang telah lembut.Masak dan kacau hingga mendidih.
- Masukkan serai dan asam keping.
- Masukkan santan dan kacau.Jangan hingga pecah minyak.
- Masukkan garam secukupnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)