Bahan bahan :
- 4 biji telur itik
- 4 cawan santan
- 1 helai daun kunyit
- 1 batang serai
- Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
- 9 biji cili api
- 1 inci kunyit hidup
Cara memasak Telur Itik Masak Lemak Cili Api :
- Masukkan santan, daun kunyit dan serai serta bahan ditumbuk ke dalam periuk. Gaul dan masak sampai kuah santan mendidih.
- Pecahkan stu persatu telur dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk.
- Perlahankan api dan tutup periuk seketika.
- Selepas 5 minit buka periuk dan kacau perlahan2.
- Masukkan garam secukup rasa dan bila telor dah masak, tutup api.
- Telur Itik Masak Lemak Cili Api siap untuk dihidang