Resepi Cheff: Kambing
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts

Kambing Goreng Cili Api

Kambing Goreng Cili Api

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Saya baru ada kelapangan untuk menulis. Sibuk sangat dengan urusan seharian dan hal hal yang tidak dijangka. Tapi saya tahu korang semua mesti sabar menunggu resipi resipi baru dari saya kan.

Saya sebenarnya baru sahaja balik dari klinik haiwan. Saya menghantar kucing peliharaan untuk membuat pemeriksaan. Selalunya kucing saya tu aktif. dia akam melompat sana sini...bising minta makanan...kejar kaki saya dan gigit tangan saya. Tetapi hari ini dia berbexa sikit. Asik duduk dan diam je. Itu yang buat saya risau...terus saya bawa pergi klinik haiwan. Mestilah klinik haiwan kan...kalau bawa ke klinik manusia nanti kena maki pulak dengan nurse tu.

Saya pergi lah ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Walaupun ianya hanyalah seekor kucing...tapi sebab selalu main main dengan kucing tu...bagi makan...mandikan semua...jadi rasa sayang tu ada. Bila dia sakit macam ni sedih lajugak. Hati pon tak tenang je tadi. Lepas doktor cek...dia kata mungkin kucing saya ada kecederaan dalaman dan perlu Xray untuk kepastian. tapi perlu pergi klinik lain sebab klinik tu tiada kemudahan Xray. Jadi terpaksa lah ke Cheras sebab kat sana ada kemudahan Xray.

Alhamdulillah...selepas Xray...doktor cakap tiada apa apa kecederaan dalaman. Mungkin demam atau trauma sebab bergaduh dengan kucing lain. Apa apa pon saya perlu perhati je kucing saya dalam masa terdekat ni untuk pastikan yang dia betul betul sihat. Terbanglah RM 200 untuk kos perubatan kucing saya. tapi tidak mengapa kita hilang duit sedikit kerana haiwan sebab banyak ganjaran yang kita boleh dapat apabila kita menjaga haiwan dengan baik terutamanya kucing. antaranya ialah menghilangkan stress, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesegaran tubuh dan menurunkan kolesterol, mengurangkan penyakit kardiovaskular dan macam macam lagi.

 Itulah cerita saya sebelum kita ke resipi kita kali ini. hari ini korang akan belajar memasak kambing goreng cili api.



Kambing Goreng Cili Api

Bahan A
  • 500 gram daging kambing
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 pokom daun bawng (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 10 biji cili api (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • garam secukup rasa


Bahan B (dikisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Cara membuat
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
2. masukkan cili api dan daging kambing yang sudah digaul dengan serbuk kunyit, kemudian kacau rata
3. masukkan air dan garam. kemudian masakkan sehingga daging lembut
4. masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. kacau rata dan hidangkan.

Beriani Kambing

Beriani Kambing

Hye. Apa khabar semua?

Ingat lagi tak haritu saya ada kongsikan kebaikan dan manfaat serta ciri ciri bahan masakan yang selalu kita gunakan kat dapur? Kalau ingat bagus...tapi kalau tak ingat boleh lah cari balik ebtry entry saya yang lepas dan baca. Bagus jugak bila kita tahu apa bahan yang kita gunakan dalam masakan kita. Hari ini saya akan sambung lagi dengan beberapa bahan untuk menambah pengetahuan korang.

Kita akan mulakan dengan capsicum.Ia juga dikenali sebagai lada benggala.  Lada ini ada rasa pedas dan manis. Ia berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi merah, kuning, jingga, ungu, putih atau coklat apabila masak. Lada benggala boleh dimakan mentah dan dihidang sebagai snek atau salad dan menjadi penambah perisa. biasanya ia dibakar, dipanggang, ditumis, atau digoreng bersama bahan lain. Banyak terdapat dalam sos, masakan pasta, salad, dan sandwich. pilih lada benggala yang berikilat, warna kulit sekata dan tidak lebam. Ia boleh disimpan selama seminggu di dalam beg plastik di dalam peti sejuk. Lebih ranum lada benggala ketika dipetik, makin kurang rasa segarnya.

Yang kedua kita akan bercerita tentang tomato. tomato mempunyai vitamin C yang dapat membantu memelihara kulit, sebab itulah ia amat popular dalam kalangan wanita kerana menjadi elemen penting dalam penjagaan kulit muka. Ia boleh didapati dalam bentuk segar atau puri. Apabila ditambah dalam masakan terutamanya spageti, ia akan menghasilkan rasa masam-manis. Cara mudah untuk mengupas kulit tomato ialah membakarnya sehingga layu kemudian dikupas kulitnya perlahan lahan.

Dan yang terakhir untuk kali ini saya akan berborak pasal telur. Yang biasa kita gunakan untuk memasak ialah telur ayam kan. Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan. Ia boleh didapati dalam bentuk jeruk, rebus, sejuk, atau dimakan mentah. Cara membezakan telur masak dengan telur mentah tanpa memecahkan kulitnya ialah dengan memutarkan telur tersebut. Kandungan cecair dalam telur mentah akan menghentikan putaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras kerana ia penyahasilan protein. Okay itu sahaja dan kita terus dengan resipi kita Beriani Kambing.
Beriani Kambing

Beriani Kambing

Bahan A
  • 1 kg daging kambing
  • 4 sudu makan rempah beriani
  • 1 cawan yougurt asli
  • 3 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 pokok daun ketumbar (dipotong kasar)
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 2 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak


Cara membuat
1. daging dipotong kecil dan dibasuh. kemudian tuskan dan perap dengan rempah beriani.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. masukkan daging dan air, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak.
4. masukkan daun ketumbar dan masakkan sehingga daging lembut.
5. masukkan santan, garam, dan kentang. masakkan sehingga kentang lembut.
6. masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan daun ketumbar. kemudian rasakan garam.
7. apabila nampak layu, tutup api dan hidangkan.

Kambing Goreng Jintan

Kambing Goreng Jintan

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Macam mana korang punya skill memasak? Dah bagus ke belum? Atau masih ada lagi yang korang kena belajar? Kepada adik adik yang baru nak belajar tu...jangan putus asa taw kalau apa yang korang masak tak menjadi sangat. Biasa lah masih baru baru lagi...air tangan tak ada lagi kan. Kalau ada apa apa soalan boleh tanya. Janagan risau saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.

Entry yang lepas saya ada bagi tahu serba sedikit tentang capsicum, tomato dan telur kan. Hari ni kita sambung lagi ye beberapa bahan. dan hari ini saya akan cerita sikit tentang cili. Lagipon kalau kita masak memang wajib ada cili kan. Tak kisah la masak apa pon mesti ada cili kan. Lagi lagi kalau orang melayu...kalau nak sedap mesti nak ada rasa pedas pedas sikit.

Pertama sekali ialah cili api. Cili ini kecil dan berbentuk kurang berisi berbanding cili merah atau hijau tetapi bijinya lebih banyak. Walaupun saiznya kecil tetapi rasanya sangat pedas. Apabila tersentuh dengan kulit  boleh menyebabkan rasa pedih dan perit apatah lagi jika terkena mata. Ia juga dikenali sebagai cili Thai kerana ia banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Buang bijinya untuk mengurangkan kepedasan.

Kedua ialah cili kering. ia menjadi bahan asas dalam masakan bersambal dan penggunaannya lebih enak dan selamat berbanding cili kisar atau cili boh di pasaraya kerana sudah ditambah dengan bahan pengawet. Bagi mendapatkan lada kering yang lebih enak dan mudah ditumbuk atau dikisar, potong kecil kecil lada kering sebelum direndam atau direbus. Cara ini juga dapat mengasingkan bijinyadaripiada lada.

Yang terakhir ialah cili besar. Walaupun cili hijau dan cili merah dianggap sebagai sayuran, kegunaannya lebih sebagai rempah. Ia dimakan mentah atau dimasak untuk mendapatkan rasa pedasnya yang tertumpu di hujung kulit kerasnya yang mengandungi biji. Ia digunakan sebagai penambah perasa dalam masakan tanpa menambah kalori atau lemak. Ia menjadi sumber vitamin A,C, E dan potassium bergantung pada warna dan variasinya. Okay rasnya itu saja yang dapat saya kongsikan kali ni. kita terus dengan resipi kita hari ini iaitu Kambing Goreng JIntan

Kambing Goreng Jintan
Kambing Goreng Jintan

Bahan A
  • 500 gram daging kambing ( dipotong nipis dan bersihkan)
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis ( Ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 2 sudu makan minyak masak
  • air secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan B (dihiris)
  • 3 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ukas bawang ptih
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang


Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah, dan bawang putih sehingga garing
2. Masukkan rempah yang dibancuh. kacau rata
3. Masukkan daging dan air secukupnya bagi merebus daging sehingga lembut.
4. Apabila daging lembut dan air kering, masukkan cili dan bawang yang dihiris. Kemudian kacau rata
5. Masukkan tomato, jus limau, daun sup dan daun bawang.
6. Sedia hidangkan.

Bamia Kambing

Bamia Kambing
Hye Assalamualaikum.
Apa khabar semua? macam mana dengan hidup korang? bahagia tak? saya doakan korang sentiasa dilimpahi rahmat dan hidup dengan bahagia bersama orang tersayang. tak lupa juga saya doakan korang sentiasa murah rezeki so boleh pergi pasar selalu beli bahan bahan untuk memasak resipi baru dari saya. hehehe.
tapi kan...sebut pasal pasar ni...ada perkara yang agak popular dalam kalangan suami isteri berkenaan pasar ni. selalunya lah kan...soal pergi pasar ni jarang orang perempuan buat kan. selalu nya yang akan jadi mangsa untuk pergi ke pasar membeli bahan bahan memasak dan segala keperluan dapur adalah lelaki. betul ke? orang perempuan hanya senaraikan barang yang perlu dibeli lepas tu lelaki lah yang kena pergi cari semua barang tu.
tapi yang selalu menjadi masalah berdasarkan pengalaman saya...kalau suruh suami beli barang kat pasar ni...mesti dia akan call banyak kali. kadang kadang lebih dari sepuluh kali. padahal dah tulis kat kertas apa yang nak kena beli...tapi masih lagi nak call untuk tanya nak berapa banyak...nak saiz macam mana...nak beli berapa...haih...kadang kadang jadi menyesal pulak suruh suami beli barang. dan paling lawak kadang kadang siap hantar gambar nak pastikan yang jenama nya betul tak pun barang tu sendiri betul ke salah.
dan apa yang saya dapat dari cerita kawan kawan saya...kita orang perempuan ni macam dah dilahirkan kat pasar tu. semua kedai kita tahu kat mana siap boleh lukis macam peta lagi. lawak jugak kadang kadang kalau difikirkan. hahaha. pengajarannya ialah...lain kali kita kena heret suami kita teman kita pilih barang barang dan bahan bahan memasak di pasar supaya diorang tahu nak pergi mana dan nak pilih macam mana kalau kita suruh dia pergi pasar. sebab selalunya orang lelaki ni dia akan duduk dalam kereta lah...duduk kat mamak lah...sambil tunggu kita beli barang. bila kita suruh pergi beli barang dah gelabah. lagi pon kalau sama sama pimpin tangan jalan dekat pasar tu sambil beli barang kan nampak sweet je. menambahkan rasa bahagia dalam hubungan.
okay cukup sampai situ sebab kita nak teruskan dengan sesi resipi baru kita. kalau korang perasan...entry entry yang lepas saya beri resipi berkaitan daging kan...kali ni kita teruskan dengan daging juga tapi daging kambing. resipi hari ini Bamia Kambing.



Bamia Kambing
Resipi Bamia Kambing
Bahan A
  • 500 gram daging kambing
  • 13 batang bendi
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Bahan B (dikisar)
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan serbuk badam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Cara Membuat
1. gaulkan bahan yang dikisar bersama daging
2. panaskan minyak dan gorengkan bendi sehingga masak. angkat dan ketepikan.
3. masukkan daging yang sudah diperap dan kacau rata.
4. masukkan santan dan masak sehingga daging lembut dan kuah pekat
5. masukkan tomato dan bendi
6 sedia dihidangkan.

Kambing Goreng Serai

Kambing Goreng Serai
Hye Asslamualaikum. Apa khabar semua?

Hari ni saya mungkin tak nak berceloteh sangat tapi lebih kepada hendak memberi nasihat. Dan nasihat ini saya tujukan khas untuk mereka yang selalu membawa kenderaan atau menaiki kenderaan. Suami hantar isteri ke tempat kerja...isteri hantar anak anak ke sekolah...atau ke pengasuh atau suami isteri ke tempat kerja yang sama. Sebabnya bila kita  berada dalam kenderaan, kita terdedah dengan bahaya yang ada di atas jalan tu. Ye...betul semua orang akan cakap yang diorang akan memandu dengan berhati hati. Tapi apa yang saya nak tekankan...eksiden ni boleh terjadi bukan hanya sebab kita tidak memandu dengan berhemah...tetapi macam macam perkara boleh menjadi penyebab untuk berlaku nya kemalangan. Contohnya adalah kesilapan pemandu lain...mungkin juga binatang melintas atau juga ada objek objek tidak sepatutnya yang berada di atas jalan raya. Ini semua antara perkara yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Habis tu macam mana? Takkan tak nak bawa  kereta atau motor? Kena jalan kaki pergi kerja ke? Rumah kiteorang jauh dari train. Bukan itu maksud saya. Memang betul...sesuatu musibah itu kalau memang Tuhan sudah takdirkan untuk terjadi kita pasti tidak akan dapat untuk menghalagnya terjadi. Dan saya faham korang semua mesti dah pastikan yang korang memandu dengan sangat berhati hati. Sebenarnya saya nk korang kalau nak memulakan perjalanan itu, korang bacalah doa dihidari dari musibah supaya perjalanan korang diberkati dan selamat daripada ditimpa musibah. ini ayat yang korang boleh baca.
 ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saya tetiba memberi nasihat ini bukan sebab apa...pagi tadi sewaktu hantar suami ke pejabat, saya bertembung dengan satu kemalangan. Ianya melibatkan seorang penunggang motor dan sebuah kereta. Kemalangan disebabkan sebatang pokok di tepi jalan yang tumbang dan menghempap kereta tu. Dan penunggang motosikal itu berada berdekatan dengan kereta tu. Korang nampak tak? bukan salah pemandu kereta tu atau penunggang motor tu...diorang cuma menggunakan jalan tu sahaja tetapi nasib malang untuk mereka sebab kebetulan pokok itu jatuh semasa mereka menggunakan jalan itu. Pengajarannya ialah kita memang tidak mampu mengelak kalau sesuatu musibah itu datang tetapi kita boleh berdoa agar kita terhindar daripada musibah. Saya doakan korang semua terhindar dari musibah dan dapat terus membaca dan belajar memasak dari blog saya. Resipi kita hari ini ialah Kambing goreng Serai.
Kambing Goreng Serai
Kambing Goreng Serai

Bahan-bahan :
  • 250gm daging kambing - rebus dan potong nipis
  • 1biji bawang besar - hiris nipis
  • 2helai daun limau purut -hiris nipis
  • 3biji bawang merah - dikisar
  • 2batang serai - dikisar
  • 1sudu teh serbuk kunyit
  • 10gm serbuk paprika
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng


Cara memasak:
1)perap daging kambing bersama serbuk kunyit,serai, bawang merah, serbuk paprika dan garam selama 15 minit
2)panaskan minyak dan goreng daging sehingga naik bau
3)masukkan hirisan bawang besar dan daun limau purut
4)kacau rata dan perasakan dengan garam
5)biar seketika dan sedia untuk dihidangkan

Kambing Kismis


Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?
Hari ni kita borak lain dari yang lain sikit okay. Tapi masih lagi berkaitan dengan makanan. Yelah blog ni kan banyak tulis mengenai resepi dan makanan...so kalau berborak lain daripada makanan dah jadi pelik pulak. korang pun malas nak baca nanti.

Okay hari ni saya nak berceloteh pasal DIET. hahaha benda ni memang sinonim dengan perempuan. Biasalah lelaki ni kurang sikt bab bab nak jaga makan. Dan selalu nya lelaki ni makan banyak pon badan tak gemok gemok jugak. Diet ni jugak merupakan "azam" feveret untuk semua wanita. Bila masuk tahun baru je mesti semua wanita akan berazam untuk diet dan kuruskan badan. Betol tak? Dan bila sembang pasal diet ni mesti akan sembang pasal kegagalan. Apa yang gagal? Gagal dalam diet la. hahaha. saya faham memang susah nak diet ni. Lagi lagi bagi suri rumah yang memang dapur tu menjadi port feveret korang kan. Rasa macam makanan makanan yang ada kat dapur tu memanggil manggil je kan.

Tapi tak pe. Yang gagal tu kita letak tepi. Kita anggap kegagalan tu permulaan untuk kejayaan. Dan hari ni saya nk kenal kan korang dengan satu jenis program diet. Mungkin dah ada yang tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu. Nama diet tu ialah Military Diet. Kenapa nama dia military diet? yang tu jangan tanya sebab saya pon tak tahu jawapan nya. Tapi kalau ada yang tahu jawapan dia boleh lah share kepada kawan kawan. Jangan nak kedekot ilmu. Tak baik.

Diet ni tiga hari je. Tapi dalam tiga hari ni korang kena makan apa yang telah disenaraikan je. Dan diet ni tak gunakan makanan yang susah untuk korang dapatkan pon. Semua nya guna bahan bahan yang selalu ada dalam dapur korang tu macam brokoli, ayam, daging, pisang dan macam macam lagi. Diet ni tiga hari je so agak senang la nak ikot. Pada pandangan saya pulak, diet ni sesuai untuk orang yang dah banyak kali gagal dalam diet. Sebabnya diet ni senang untuk korang ikut dan korang tak perlu pon nak fikir untuk makan apa. Dia dah senaraikan dan korang tinggal ikot je. Kebannyakkan program diet lain...korang kena kawal apa yang korang makan, kuantiti dan jenis makanan...so agak susah nak ikut. Tapi diet military ni semua dah disenaraikan untuk tiga hari dan korang tinggal ikot je. Jenis masakan pon tak susah. Diet ni bagus untuk emndisiplinkan diri kita yang sangat susah nak disiplin dalam bab diet ni. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba.

Okay lah selamat mencuba ye kepada mereka mereka yang nak cuba turunkan berat badan tu. Dan sambil tu korang belajar resipi baru untuk hari ni ye iaitu Kambing Kismis

Kambing Kismis
Kambing Kismis

Bahan A

  • ½ kg daging kambing
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 cawan kismis hitam
  • 2 cawan santan
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 4 biji cili merah (Dihiris)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih  (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara memasak:
1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
2. Perap daging dengan rempah kurma.
3. Tumiskan bahan B dan kismis sehingga wangi.
4. Masukkan daging kemudian kacau rata.
5. Masukkan santan, tomato, cili merah, dan garam. Masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
 6. Hidangkan bersama nasi.