Kambing Goreng Cili Api

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Kambing Goreng Cili Api

Kambing Goreng Cili Api

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Saya baru ada kelapangan untuk menulis. Sibuk sangat dengan urusan seharian dan hal hal yang tidak dijangka. Tapi saya tahu korang semua mesti sabar menunggu resipi resipi baru dari saya kan.

Saya sebenarnya baru sahaja balik dari klinik haiwan. Saya menghantar kucing peliharaan untuk membuat pemeriksaan. Selalunya kucing saya tu aktif. dia akam melompat sana sini...bising minta makanan...kejar kaki saya dan gigit tangan saya. Tetapi hari ini dia berbexa sikit. Asik duduk dan diam je. Itu yang buat saya risau...terus saya bawa pergi klinik haiwan. Mestilah klinik haiwan kan...kalau bawa ke klinik manusia nanti kena maki pulak dengan nurse tu.

Saya pergi lah ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Walaupun ianya hanyalah seekor kucing...tapi sebab selalu main main dengan kucing tu...bagi makan...mandikan semua...jadi rasa sayang tu ada. Bila dia sakit macam ni sedih lajugak. Hati pon tak tenang je tadi. Lepas doktor cek...dia kata mungkin kucing saya ada kecederaan dalaman dan perlu Xray untuk kepastian. tapi perlu pergi klinik lain sebab klinik tu tiada kemudahan Xray. Jadi terpaksa lah ke Cheras sebab kat sana ada kemudahan Xray.

Alhamdulillah...selepas Xray...doktor cakap tiada apa apa kecederaan dalaman. Mungkin demam atau trauma sebab bergaduh dengan kucing lain. Apa apa pon saya perlu perhati je kucing saya dalam masa terdekat ni untuk pastikan yang dia betul betul sihat. Terbanglah RM 200 untuk kos perubatan kucing saya. tapi tidak mengapa kita hilang duit sedikit kerana haiwan sebab banyak ganjaran yang kita boleh dapat apabila kita menjaga haiwan dengan baik terutamanya kucing. antaranya ialah menghilangkan stress, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesegaran tubuh dan menurunkan kolesterol, mengurangkan penyakit kardiovaskular dan macam macam lagi.

 Itulah cerita saya sebelum kita ke resipi kita kali ini. hari ini korang akan belajar memasak kambing goreng cili api.



Kambing Goreng Cili Api

Bahan A
  • 500 gram daging kambing
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 pokom daun bawng (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 10 biji cili api (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • garam secukup rasa


Bahan B (dikisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Cara membuat
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
2. masukkan cili api dan daging kambing yang sudah digaul dengan serbuk kunyit, kemudian kacau rata
3. masukkan air dan garam. kemudian masakkan sehingga daging lembut
4. masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. kacau rata dan hidangkan.
, , ,