Resepi Cheff

Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Rahsia resepi pes ikan bakar

 Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.

.


Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa2 selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.

.

Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.

.

Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak kelaur modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.

.

Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.

.

Bahan kisar :

1. 3 inci halia

2. 3 inci lengkuas

3. 12 biji bawang merah

4. 1 setengah bawang holland

5. 4 batang serai besar

6. 2 sudu kecil udang kering

7. 3 biji cili merah besar

8. 4 helai daun limau purut

9. 6-10 cili kering

.

Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betol2 lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang 'umphh' orang kata.

.

Bahan tambahan

1. 5 sudu cili kisar

2. 2 keping asam keping

3. 1 sudu kecil gula melaka

4. Gula putih

5. Garam

6. Penambah perisa (Knorr)

7. Sedikit minyak

.

Cara penyediaan pes

.

1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.

.

2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.

.

3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗

.

Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi

.

1. Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.

.

2. Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.

.

3. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil2 tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.

.

Puan2 boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰

.

Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)

Puding karamel cream cracker



Bahan-bahan :

5 bj telur*
1 tin susu cair*
7 keping biskut jagung@creamcracker*
4 sudu besar gula*
5/6 sb gula utk karamel


Cara-cara:
1. Cairkan gula karamel..siap.. Ketepikan
2. Blend semua bhn bertanda *
3. Curah dlm bekas karamel td..
4. Kukus 40 minit.. Siap..

Simple tapi sedappp😋😋

DAGING GORENG PATAYA


DAGING GORENG PATAYA
Hye semua. Selamat datang diucapkan andai ada pembaca baru untuk blog saya ini. Dan selamat datang juga kepada pembaca setia blog saya ini. Insyaallah saya akan berikan resipi resipi terbaik yang saya ada. Jangan malu jangan segan ye untuk hantar request andai korang ada apa apa resipi yang nak saya kongsikan.

Hari ini saya akan share resipi daging goreng pataya. Haa...mesti ada yang terkejut kan. Yelah selalu yang kita dengar ialah nagi goreng pataya. Jarang kita dengar tentang daging goreng pataya. Daging dalam nasi goreng pataya adalah kan.

Bagi penggemar daging, mesti korang dah biasa kan dengan semua jenis masakan daging. Bagi yang baru baru nak cuba resipi ni, masakan ini seakan akan serupa dengan masakan daging paprik. Tetapi masakan ini menggunakan dua jenis  limau iaitu limau nipis dan limau purut. So cuba korang bayangkan sajian ini di makan dengan nasi. Bau bau harum yang ada dalam masakan ni hasil daripada limau purut dan limau nipis tadi pasti akan menambahkan selera anda.

Masakan ini menggunakan limau dan juga daun limau itu sendiri, jadi rasanya pasti akan masam masam sedikit. Amat sesuai untuk mereka mereka yang tengah demam. Biasanya kalau kita demam ...mulut kita akan tidak dapat merasa apa apa kan...so hidangan ini sangat sesuai untuk korang. Tapi ini semua daripada pengalaman saya. Kalau apa yang saya rasa ini tidak sama dengan apa yang korang rasa..saya minta maaf ye. Setiap orang kan berbeza. Kita teruskan dengan resipi kita ye...kalau berceloteh panjang sangat nanti korang tak larat nak baca pulak.

Resipi Daging Goreng Pataya

Bahan A
500 gram daging (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
4 helai daun limau purut
Daun ketumbar (dipotong pendek)
2 batang serai (dititik)
1 biji limau purut
1 biji limau nipis
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu makan minyak masak

Bahan B (ditumbuk)
3 biji cili merah
10 biji cili api
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Membuat
1. Panaskan minyak kemudian tumis serai dan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan daging , tomato, daun limau purut, serai dan bawang besar.
3. Kacau rata dan tutup api.
4. Perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan hidangkan.






DAGING DENDENG

DAGING DENDENG
Hye Assalamualaikum. Bagi yang memang dah selalu buka blog resipi ini...selamat berjumpa kembali. Kapada yang baru jumpa atau terjumpa blog resipi ini...selamat datang saya ucapkan. diharapkan korang berjaya dengan resipi resipi yang saya telah kongsikan.
Seperti yang telah ditulis ditajuk...resipi yang akan saya kongsikan hari ini ialah daging dendeng. Mungkin ada yang pernah dengar tetapi tak pernah cuba resipi ini. Mungkin ada yang tak pernah dengar dan baru nak cuba resipi ini. So sebelum kita memasak lauk ini...apa kata kita cari sikit info tentang daging dendeng ni. Nanti kalau suami kita tanya senang kita nak jawab.
Dendeng merupakan masakan berasaskan daging. Dendeng merupakan salah satu makanan tradisional indonesia dengan menggunakan rempah rempah sebagai bahan perasa. Dendeng asalnya ditemui oleh orang minangkabau. Pada mulanya mereka membuat dendeng daging lembu dan membuat ia kering supaya ia boleh dimakan selama beberapa hari dan mereka akan bawa apabila mereka pergi mengembara.
itulah serba sedikit perkara perkara yang korang perlu tahu tentang masakan dendeng ini. buka masakan daripada negara india sahaja yang menggunakan banyak rempah...masakan dendeng juga menggunakan rempah. Kita stop di sini dan kita teruskan dengan resipi kita ye.



Bahan A
  • 1 kg daging lembu tanpa lemak
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak masak


Bahan B ( dikisar)
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan gula merah


Cara Membuat
1. daging dibersihkan. kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus dengan serai dan halia sehingga lembut.
2. daging dihiris nipis tetapi lebar. kemudian digoreng sehingga garing.
3. tumbukkan daging di dalam lesung supaya lebih lembut.
4. panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
5. masukkan daging tadi dan gaulkan sehingga rata.
6. rasakan garamnya dan kemudian angkat dan hidangkan.


Daging Kisar Goreng

Daging Kisar Goreng

Hye Asssalamalaikum

Hari ini saya nak kongsikan sedikit resipi ringkas yang mudah untuk dibuat. Sangat sesuai untuk mereka mereka yang baru belajar memasak atau mereka yang sibuk dengan urusan seharian tetapi perlu memasak untuk keluarga. Resipi ini terhasil sebab saya ada lebihan daging kisar dan disebabkan tidak mahu membazir maka saya olah menjadi satu hidangan ringkas.

Kadang kadang kedai menjual bahan mentah hendak memudahkan kerja mereka dan memudahkan pembeli, mereka sudah siap siap membungkus barang jualan mereka mengikut sukatan yang mereka telah tetapkan. Kita sebagai pembeli tinggal ambil dan bayar sahaja. Cuma kadangkala bahan yang kita perlukan tidak perlu banyak tetapi kedai telah siap membungkus dan kita perlu beli kesemuanya. Kita tiada pilihan. Itu yang menjadikan kita ada lebihan bahan masakan.

Kalau kita tidak bijak...maka akan banyak lah pembaziran yang bakal berlaku dalam hidup kita. Dan sikap itu sangat lah tidak bagus. Macam kes saya ni, saya membuat daging burger sendiri haritu. Jadi saya pon ke kedai membeli daging kisar untuk membuat daging burger saya. Malangnya kedai itu hanya menjual daging kisar bermula dengan sekilo. Saya tidak perlukan sebanyak itu. Nak tak nak saya terpaksa beli jugalah. Termenung juga sekejap memikirkan nasib lebihan daging kisar tu. Akhirnya dapat lah juga idea untuk memasak daging kisar itu. Rasanya pon boleh tahan sedap. Kita sebagai surirumah ni memang kena bijak sikit dalam mencipta resipi. Kadang kadang  ada barang yang tiada lah...tidak cukup lah...dan sabagainya...itu yang memaksa kita untuk pandai mengolah masakan kita agar rasanya tetap sedap. Tetapi kalau pening sangat...google jelah setiap resipi itu. Zaman sekarang semua dah canggih. Tekan tekan sahaja terus jumpa apa yang dicari. Oaky jom kita terus dengan resipi kita.

Daging Kisar Goreng

Bahan bahan
  • 400 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 biji tomato (dicincang)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (dipotong kecil)
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Cara membuat
1. panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu
2. masukkan daging kisar kemudian kacau supaya minyak serata
3. masukkan tomato cincang, lobak merah, sos tomato dan semua bahan.
4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak
5. rasakan garam dan biarkan masak sehingga pekat
6. sedia dihidangkan

DAGING BERIANI

DAGING BERIANI
Hye!!! Jumpa lagi kita dan kita akan berborak tentang bulan febuari lagi okay. Bukan apa, banyak juga hari hari penting yang masyarakat kita sambut di bulan febuari ni. mungkin ada yang kita tahu dan mungkin juga ada yang kita tidak tahu. So saya ni hanya berkongsi sahaja. Sekurang kurangnya daripada korang tak tahu...korang dah tahu. Mana yang dah tahu tu boleh tambah lagi pengetahuan. Lagi banyak ilmu kita lagi bagus. tidak lah kita ni senang ditipu.

Dalam bulan febuari untuk tahun 2018 ni...kita juga bakal menyambut perayaan tahun baru cina. Cina je lah yang sambut. Bagi bangsa lain tu boleh juga lah tumpang gembira kan. Boleh main mercun sama sama. Itu pon boleh menambah keakraban kita. Tapi korang pernah tak terfikir kenapa kalau raya cina ...bangsa cina ramai yang memakai pakaian berwarna merah?

Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut  telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Haa...sekarang korang dah tahu kan kenapa orang cina biasanya akan memakai pakaian berwarna merah semasa tahun baru cina. bukan saja saja pakai taw...tetapi membawa maksud yang tersendiri. Jadi lepas ni kalau anak anak tanya korang...korang dah boleh jawab lah. sebenarnya banyak perkara yang berlaku disekeliling kita ni ada sebabnya. kita je yang kena rajin ambil tahu. Okay kita stop di sini dan kita sambung dengan resipi kita.

Resipi Daging Beriani

Bahan A
  • 1 kg daging dan 5 sudu makan rempah beriani (diperap)
  • 1 cawan yougurt
  • 3 biji kentang (dipotong kecil)
  • 1/2 kg tomato merah (dicincang)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 3 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (tumis)
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan minyak masak


Cara membuat
1. daging dipotong kecil dan dibasuh kemudian ditoskan.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.
3. masukkan daging dan rempah beriani yang sudah diperap. kacau rata sehingga pecah minyak.
4. masukkan tomato dan kentang. masak sehingga daging lembut.
5. masukkan yougurt dan masak lagi sehingga pekat dan pecah minyak.
6. masukkan cili merah, cili hijau, daun ketumbar, bawang besar dan garam.
7. apabila sudah nampak layu, boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti.



DAGING BAKAR

DAGING BAKAR
Assalamualaikum. Hai apa khabar? Lama tidak menulis. takut hilang sahaja skill menulis ni. kepada yang tertanya - tanya kemana menghilang, tidak hilang pon cma sibuk dengan urusan keluarga sedikit.
Sekarang ni bulan febuari kan...so sinonim la bulan ini dengan hari kekasih bagi pasangan pasangan muda yang ada diluar sana. tapi ada juga pasangan pasangan yang tidak berapa nak muda menyambut hari kekasih ni. di kesempatan berceloteh ni, saya nak share sikit fakta fakta dan perkara perkara yang perlu orang tahu pasal hari kekasih ni. Sebab ada orang,,,dia main sambut je hari kekasih ni tapi tidak tahu apa apa tentang hari kekasih ni.
Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.
Itulah serba sedikit perkara perkara yang korang perlu ambil tahu tentang hari kekasih ni. Dan paling penting kalau korang baca dari sudut agama islam...perayaan hari kekasih ni haram disambut bagi orang islam. korang yang musykil tu boleh lah google untuk mendapatkan kesasihannya. lagi pon banyak lagi perayaan lain yang korang boleh sambut. okay...kita stop kat sini dan kita teruskan dengan resipi kita iaitu daging bakar.




Resipi Daging Bakar
Bahan A
  • 500 gram daging
  • 1 sudu teh jinta manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • garam secukup rasa


Bahan B
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai


Cara membuat
1. daging dipotong lebar dan nipis. kemudian basuh dan tos kan.
2. gaulkan semua bahan dan perapkan selama sejam ( lebih lama diperap lagi berperisa )
3. bakar daging dengan pemanggang sehingga nampak garing
4. hidangkan dengan air asam atau sos lada hitam.

Daging Gulai Kawah

Daging Gulai Kawah

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua ?

Pasti semua orang sudah tahu mengenai kejadian menyayat hati yang berlaku di seremban. Kalau yang tidak tahu tu ...saya terangkan sikit ye. Baru baru ini kita telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar perempuan ketika melakukan persiapan untuk hari sukan sekolah dipadang. Kejadian itu adalah disebabkan bilah pisau daripada mesin memotong rumput yang tertanggal.

Apa yang saya hendak kongsikan bukan tentang kejadian itu tetapi iktibar yang kita boleh ambil dari kejadian itu. Pada pandangan saya...kalau hendak salahkan pekerja yang melakukan kerja pemotongan itu sepenuhnya pon tidak boleh juga. Walaupun pada hakikatnya kita tahu yang sepatutnya kerja kerja pemotongan rumput itu tidak boleh dilakukan sekiranya ada aktiviti dijalankan dipadang pada ketika itu.

Iktibar yang saya sendiri dapat ambil daripada kejadian itu adalah ajal dan maut ini adalah rahsia tuhan. Dan ianya tidak akan cepat atau lambat. Tidak kira dimana atau apa yang sedang kita lakukan. Apabila tiba masanya...ia pasti akan berlaku. Adakah kita sudah bersedia? Kadang kadang setiap perkara yang berlaku disekeliling kita ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita. Hanya kita sahaja yang tidak perasan atau buat buat tidak perasan.

Diharpakan kita semua terutamanya pembaca blog saya...terhindar daripada musibah yang tidak kita jangka. Dan selalulah kita berhati hati dalam melakukan apa apa kerja agar tidak ada mudarat yang mungkin boleh berlaku. Disini saya kongsikan doa ringkas agar terhindar daripada musibah.

 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALAA FIS SAMAA’I WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM

Jom kita terus dengan resipi kita.
daging gulai kawah
Daging Gulai Kawah
Bahan A
  • 500 gram daging lembu
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 keping asam gelugur
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya


Bahan B (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu the jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 1 inci lengkuas



Bahan C (menumis)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga


Cara membuat
1. daging dipotong kecil. Kemudian dibasuh dan ditoskan
2. panaskan minyak kemudian tumis bahan tumisan sehingga wangi
3. masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga wangi dan pecah minyak
4. masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
5. apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam, dan gula merah
6. masak sehingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
7. Tutup api dan hidangkan.

Kambing Goreng Cili Api

Kambing Goreng Cili Api

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Saya baru ada kelapangan untuk menulis. Sibuk sangat dengan urusan seharian dan hal hal yang tidak dijangka. Tapi saya tahu korang semua mesti sabar menunggu resipi resipi baru dari saya kan.

Saya sebenarnya baru sahaja balik dari klinik haiwan. Saya menghantar kucing peliharaan untuk membuat pemeriksaan. Selalunya kucing saya tu aktif. dia akam melompat sana sini...bising minta makanan...kejar kaki saya dan gigit tangan saya. Tetapi hari ini dia berbexa sikit. Asik duduk dan diam je. Itu yang buat saya risau...terus saya bawa pergi klinik haiwan. Mestilah klinik haiwan kan...kalau bawa ke klinik manusia nanti kena maki pulak dengan nurse tu.

Saya pergi lah ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Walaupun ianya hanyalah seekor kucing...tapi sebab selalu main main dengan kucing tu...bagi makan...mandikan semua...jadi rasa sayang tu ada. Bila dia sakit macam ni sedih lajugak. Hati pon tak tenang je tadi. Lepas doktor cek...dia kata mungkin kucing saya ada kecederaan dalaman dan perlu Xray untuk kepastian. tapi perlu pergi klinik lain sebab klinik tu tiada kemudahan Xray. Jadi terpaksa lah ke Cheras sebab kat sana ada kemudahan Xray.

Alhamdulillah...selepas Xray...doktor cakap tiada apa apa kecederaan dalaman. Mungkin demam atau trauma sebab bergaduh dengan kucing lain. Apa apa pon saya perlu perhati je kucing saya dalam masa terdekat ni untuk pastikan yang dia betul betul sihat. Terbanglah RM 200 untuk kos perubatan kucing saya. tapi tidak mengapa kita hilang duit sedikit kerana haiwan sebab banyak ganjaran yang kita boleh dapat apabila kita menjaga haiwan dengan baik terutamanya kucing. antaranya ialah menghilangkan stress, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesegaran tubuh dan menurunkan kolesterol, mengurangkan penyakit kardiovaskular dan macam macam lagi.

 Itulah cerita saya sebelum kita ke resipi kita kali ini. hari ini korang akan belajar memasak kambing goreng cili api.



Kambing Goreng Cili Api

Bahan A
  • 500 gram daging kambing
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan air
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 pokom daun bawng (dihiris)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 10 biji cili api (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • garam secukup rasa


Bahan B (dikisar)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Cara membuat
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
2. masukkan cili api dan daging kambing yang sudah digaul dengan serbuk kunyit, kemudian kacau rata
3. masukkan air dan garam. kemudian masakkan sehingga daging lembut
4. masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. kacau rata dan hidangkan.

DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR

Hye Assalamualaikum. Apa khabar?

Seperti yang telah saya janjikan pada entry yang lepas, entry kali ini kita akan bercerita serba sedikit tentang manfaat yang kita akan dapat daripada bahan bahan masakan kita iaitu bijan, buah keras dan juga buah pala.

Kita mulakan dengan bijan. Ada juga yang memanggilnya dengan nama lenga. Bijan digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan dan rasanya sederhana manis. Bijan dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut dan kek selain digunakan dalam kuah sos.kandungan minyaknya tinggi dan mudah rosak jika terdedah pada suhu tinggi. Bijan berkesan untuk menguatkan tubuh badan, baik untuk hati dan limpa serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buah keras pula banyak digunakan dalam masakan Indonesia atau Malaysia sebagai pemekat kuah. Ia dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana kandungan toksiknya tinggi ketika mentah. Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging untuk melembutkannya selain menambahkan lemak masakan tersebut.

Manakala buah pala pula masam dan kelat untuk dimakan didalam keadaan segar. Ia diproses untuk dijadikan halwa kandi dan jeruk pala. Manakala bijinya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari biji buah pala digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan seperti sos dan kicap, sebagai rempah, perisa untuk kek dan masakan berasaskan susu. Isi dan biji buah pala mengandungi minyak yang ada rasa berbeza. ,esti sekarang korang baru tahu dengan jelas tentang manfaat dan kegunan bahan bahan masakan yang selalu ada di dapur kita tu. Mesti korang nak tahu lagi kan. Next entry saya cerita tentang bunga lawing, cengkih dan ketumbar pula. Sekarang kita belajar memasak dulu. Menu kita hari ini daging nasi kandar.
DAGING NASI KANDAR

DAGING NASI KANDAR.

Bahan A
  • 500 gram daging lembu (diperapkan dengan 3 sudu rempah kari daging)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • ½ cawan minyak masak
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (menumis)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelage
  • 5 kuntum bunga cengkih


Cara Memasak
1.  panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan, serai dan daun kari sehingga wangi.
2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar. Kacau rata.
3.  Masukkan air, air asam jawa dan garam.
4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak
5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidang.