DAGING BAKAR
Assalamualaikum. Hai apa khabar? Lama tidak menulis. takut hilang sahaja skill menulis ni. kepada yang tertanya - tanya kemana menghilang, tidak hilang pon cma sibuk dengan urusan keluarga sedikit.
Sekarang ni bulan febuari kan...so sinonim la bulan ini dengan hari kekasih bagi pasangan pasangan muda yang ada diluar sana. tapi ada juga pasangan pasangan yang tidak berapa nak muda menyambut hari kekasih ni. di kesempatan berceloteh ni, saya nak share sikit fakta fakta dan perkara perkara yang perlu orang tahu pasal hari kekasih ni. Sebab ada orang,,,dia main sambut je hari kekasih ni tapi tidak tahu apa apa tentang hari kekasih ni.
Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.
Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.
Itulah serba sedikit perkara perkara yang korang perlu ambil tahu tentang hari kekasih ni. Dan paling penting kalau korang baca dari sudut agama islam...perayaan hari kekasih ni haram disambut bagi orang islam. korang yang musykil tu boleh lah google untuk mendapatkan kesasihannya. lagi pon banyak lagi perayaan lain yang korang boleh sambut. okay...kita stop kat sini dan kita teruskan dengan resipi kita iaitu daging bakar.
Resipi Daging Bakar
Bahan A
- 500 gram daging
- 1 sudu teh jinta manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh lada hitam
- garam secukup rasa
Bahan B
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
Cara membuat
1. daging dipotong lebar dan nipis. kemudian basuh dan tos kan.
2. gaulkan semua bahan dan perapkan selama sejam ( lebih lama diperap lagi berperisa )
3. bakar daging dengan pemanggang sehingga nampak garing
4. hidangkan dengan air asam atau sos lada hitam.