DAGING BERIANI
Hye!!! Jumpa lagi kita dan kita akan berborak tentang bulan febuari lagi okay. Bukan apa, banyak juga hari hari penting yang masyarakat kita sambut di bulan febuari ni. mungkin ada yang kita tahu dan mungkin juga ada yang kita tidak tahu. So saya ni hanya berkongsi sahaja. Sekurang kurangnya daripada korang tak tahu...korang dah tahu. Mana yang dah tahu tu boleh tambah lagi pengetahuan. Lagi banyak ilmu kita lagi bagus. tidak lah kita ni senang ditipu.
Dalam bulan febuari untuk tahun 2018 ni...kita juga bakal menyambut perayaan tahun baru cina. Cina je lah yang sambut. Bagi bangsa lain tu boleh juga lah tumpang gembira kan. Boleh main mercun sama sama. Itu pon boleh menambah keakraban kita. Tapi korang pernah tak terfikir kenapa kalau raya cina ...bangsa cina ramai yang memakai pakaian berwarna merah?
Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.
Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.
Haa...sekarang korang dah tahu kan kenapa orang cina biasanya akan memakai pakaian berwarna merah semasa tahun baru cina. bukan saja saja pakai taw...tetapi membawa maksud yang tersendiri. Jadi lepas ni kalau anak anak tanya korang...korang dah boleh jawab lah. sebenarnya banyak perkara yang berlaku disekeliling kita ni ada sebabnya. kita je yang kena rajin ambil tahu. Okay kita stop di sini dan kita sambung dengan resipi kita.
Resipi Daging Beriani
Bahan A
- 1 kg daging dan 5 sudu makan rempah beriani (diperap)
- 1 cawan yougurt
- 3 biji kentang (dipotong kecil)
- 1/2 kg tomato merah (dicincang)
- 3 biji cili merah (dihiris)
- 3 biji cili hijau (dihiris)
- 2 labu bawang besar (dipotong 4)
- 1 pokok daun ketumbar
- garam secukup rasa
Bahan B (tumis)
- 6 biji bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 inci kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu makan minyak masak
Cara membuat
1. daging dipotong kecil dan dibasuh kemudian ditoskan.
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.
3. masukkan daging dan rempah beriani yang sudah diperap. kacau rata sehingga pecah minyak.
4. masukkan tomato dan kentang. masak sehingga daging lembut.
5. masukkan yougurt dan masak lagi sehingga pekat dan pecah minyak.
6. masukkan cili merah, cili hijau, daun ketumbar, bawang besar dan garam.
7. apabila sudah nampak layu, boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti.