Daging Gulai Kawah

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Daging Gulai Kawah

Daging Gulai Kawah

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua ?

Pasti semua orang sudah tahu mengenai kejadian menyayat hati yang berlaku di seremban. Kalau yang tidak tahu tu ...saya terangkan sikit ye. Baru baru ini kita telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar perempuan ketika melakukan persiapan untuk hari sukan sekolah dipadang. Kejadian itu adalah disebabkan bilah pisau daripada mesin memotong rumput yang tertanggal.

Apa yang saya hendak kongsikan bukan tentang kejadian itu tetapi iktibar yang kita boleh ambil dari kejadian itu. Pada pandangan saya...kalau hendak salahkan pekerja yang melakukan kerja pemotongan itu sepenuhnya pon tidak boleh juga. Walaupun pada hakikatnya kita tahu yang sepatutnya kerja kerja pemotongan rumput itu tidak boleh dilakukan sekiranya ada aktiviti dijalankan dipadang pada ketika itu.

Iktibar yang saya sendiri dapat ambil daripada kejadian itu adalah ajal dan maut ini adalah rahsia tuhan. Dan ianya tidak akan cepat atau lambat. Tidak kira dimana atau apa yang sedang kita lakukan. Apabila tiba masanya...ia pasti akan berlaku. Adakah kita sudah bersedia? Kadang kadang setiap perkara yang berlaku disekeliling kita ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita. Hanya kita sahaja yang tidak perasan atau buat buat tidak perasan.

Diharpakan kita semua terutamanya pembaca blog saya...terhindar daripada musibah yang tidak kita jangka. Dan selalulah kita berhati hati dalam melakukan apa apa kerja agar tidak ada mudarat yang mungkin boleh berlaku. Disini saya kongsikan doa ringkas agar terhindar daripada musibah.

 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALAA FIS SAMAA’I WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM

Jom kita terus dengan resipi kita.
daging gulai kawah
Daging Gulai Kawah
Bahan A
  • 500 gram daging lembu
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 keping asam gelugur
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya


Bahan B (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu the jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 1 inci lengkuas



Bahan C (menumis)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga


Cara membuat
1. daging dipotong kecil. Kemudian dibasuh dan ditoskan
2. panaskan minyak kemudian tumis bahan tumisan sehingga wangi
3. masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga wangi dan pecah minyak
4. masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
5. apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam, dan gula merah
6. masak sehingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
7. Tutup api dan hidangkan.

, ,