Resepi Cheff: Asam Pedas
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts
Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts

Asam Pedas Ayam

Kerana satu hidangan...
Ayat yang ringkas, tapi membawa sebuah maksud tersirat yang mampu menyentuh hati dan perasaan. Kadang kadang orang terlupa atau memandang remeh sesuatu perkara hanya kerana ianya disangka tidak penting. "Kerana satu hidangan"...inilah yang akan menjadi intisari untuk resipi kita kali ini. Pasti semua terpinga pinga dan pelik. Kenapa dengan ayat ini? Apa kaitan ayat ini dengan resipi? Mengapa ayat ini yang dipilih?
Kerana satu hidangan...hari yang suram kembali ceria.

Ambillah kata kata ini dan semat didalam hati. Tapi kenapa? Okay jawapannya ada dalam cerita ringkas tentang ahmad dan aminah ini.

Ahmad dan aminah merupakan pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Sudah menjadi lumrah, bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga pastinya kewangan menjadi perkara utama. Yelah nak membina keluarga yang bahagia, serba serbi haruslah lengkap. Bukan hendak mewah tetapi ianya keperluan yang dapat membawa kepada kebahagiaan. Ahmad merupakan eksekutif di sebuah syarikat kecil. Aminah pula seorang jurujual di pasaraya. Bagi menambah hasil pendapatan, mereka sepakat supaya ahmad membuat kerja tambahan sebagai pemandu uber.

Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik. Hasil pendapatan tambahan  ahmad sebagai pemandu uber agak lumayan. Mereka mampu melengkapkan segala keperluan untuk hidup sebagai suami isteri. Pada kebiasaannya ahmad tidak akan terus pulang ke rumah selepas waktu kerja. Dia akan terus melakukan kerja sebagai pemandu uber. Dan ahmad akan pulang pada lewat malam. Aminah pula, sebagai isteri mithali akan menunggu kepulangan suaminya yang tercinta. Dan pada kebiasaannya aminah akan menyiapkan makanan sebelum ahmad pulang. Mereka akan makan malam bersama sebelum tidur.

Bak kata pepatah, langit tidak selalu cerah. Harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hari ini tidak berlalu seperti biasa bagi ahmad. Seolah olah tuhan mahu mengujinya. Hari ini, dia dipanggil oleh majikannya. Teruk dia dimarahi oleh majikannya kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Ahmad bertambah tertekan apabila kerjanya di pejabat sangat banyak pada hari itu. Fikirannya bercelaru. Habis kawan kawan sepejabat dimarahinya. Tidak cukup dengan itu, penumpang yang menggunakan perkhidmatan uber nya telah melarikan diri tanpa membayar tambang. Kesabaran ahmad diuji pada hari itu. Seperti kebiasaan, aminah akan menelifon ahmad untuk bertanya pukul berapa ahmad akan pulang. Tetapi, aminah juga dimarahi. Tersentak aminah dek herdikan yang diberi oleh ahmad. Aminah terus meletakkan telifonnya.

Aminah yang sudah mengenali hati budi suaminya tahu yang mood suaminya tidak baik. Aminah seorang yang bijak dan sangat positif. Lantas, aminah terus ke dapur dan memasak masakan kegemaran suaminya dengan harapan hidangan ini dapat menceriakan hari ahmad semula. Dengan berbekalkan hati yang ikhlas, bersama air tangan isteri tercinta...hidangan kegemaran ahmad pun siap terhidang. Tidak lama selepas itu, aminah terdengar bunyi enjin kereta ahmad menandakan suaminya sudah pulang. Ahmad keluar dari kereta dengan muka yang masam. Aminah membukakan pintu rumah untuk suaminya. Bau hidangan kegemaran ahmad terus menusuk ke hidungnya. Ahmad tahu apa yang dimasak oleh isterinya. Dia terus memandang isterinya dan menghadiahkan sebuah senyuman. Begitulah cerita ahmad dan aminah bersama hidangannya. Terkadang, air tangan isteri mampu mengubah hari suaminya. Nak tahu apa hidangan yang dimasak aminah???

Jawapannya ialah asam pedas ayam kegemaran ahmad. Itulah tajuk resipi kita hari ini. Jom belajar memasak asam pedas ayam.


Asam pedas ayam
Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 1 batang serai -diketok
  • Daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan kisar
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Belacan


Cara memasak Asam Pedas Ayam
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam , bunga kantan, dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
4. Tambahkan air secukupnya.
5. Tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.

Sedia dihidang.

Asam Pedas Ikan

Hye Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni cuaca tidak menentu kan. Kadang kadang pagi cerah tapi petang hujan. Kadang kadang pagi hujan tapi petang cerah. Mungkin disebabkan musim tengkujuh kot. Pada mereka mereka yang ada anak kecil dan bersekolah tu, jaga kesihatan anak elok elok. Jangan bagi main hujan. Nanti demam sapa susah? Hahaha. Tidak pasal pasal ada yang minta resipi bubur ayam pulak nanti. Yelah nak suapkan anak...hahaha.

Okay hari ni nak tulis resipi based on cuaca. Macam pelik kan? Alah tak pelik pon. Yelah dengan cuaca yang selalu hujan ni, badan rasa sejuk je. Mesti mulut tu terasa nak makan hidangan hidangan yang panas dan pedas kan. Betol tak? Mesti betol punya lah. Tapi apa menu panas dan pedas yang popular ye untuk masyarakat Malaysia ni? Ayam masak merah.....macam semua orang dah jemu. Kalau masak tom yam...dia punya level pedas tu tak power sangat. Haish....tak kan nak gaul nasi dengan sambal belacan je? Mau meletop perot nanti. Hahaha. Okay lah, kita try masak asam pedas lah. Asam membawa rasa masam sikit dan pedas memang confirm pedas.

Bagi orang Melaka, mesti dah tak perlu resipi kan. Setakat asam pedas, pejam mata je buat kan. Hahaha. Yelah asam pedas kan memang terkenal di Melaka. Kalau tidak percaya cuba berkunjung ke Melaka. Mesti ada banyak kedai yang jual asam pedas. Okay dah terlanjur cakap pasal asam pedas dan Melaka, saya nak bagi bonus sikit. Apa bonus dia? Bukan duit okay. Bonus dia ialah, kedai kedai asam pedas yang popular di Melaka. Bulan ni kan dah nak mula cuti sekolah. Mana lah tahu ada yang ingin bawa anak anak jalan di kota Melaka. Sambil melawat tempat bersejarah, kita cuba la sekali asam pedas yang ada di Melaka. Orang kata, tidak lengkap percutian ke Melaka kalau tidak rasa asam pedas air tangan orang Melaka.

Antara kedai asam pedas yang terkenal di Melaka ialah,
-Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1
-Asam Pedas Pasar Borong yang terletak di pasar borong di Taman Merdeka
-Asam Pedas Malinja yang terletak di Kampung Musai, Bukit Baru, bersebelahan dengan Hotel Strait Meridian.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengak di website ini : http://saji.my/asam-pedas-melaka-famous/
Dan sebelum kita nak teruskan dengan resipi kita hari ini, saya nak bagi tahu. Asam pedas ini pada kebiasaannya, orang akan hidangkan bersama sama nasi putih dan telur masin. So, sebelum mula memasak asam pedas tu pastikan kat dapur tu ada telur masin. Dan masak nasi siap siap. Nanti lauk dah siap terhidang baru tersedar yang nasi belum masak. Tapi bagi mereka yang nak diet tu, boleh makan asam pedas bersama roti. Untuk kali ini, kita akan belajar membuat asam pedas ikan. Jom kita teruskan dengan resipi kita.


Asam Pedas Ikan
Asam Pedas Ikan  

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembong - bersihkan dan potong 2
  • 10 batang bendi
  • 1 batang serai - diketok
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cekak daun kesum
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • air secukupnya
  • Bahan Kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan





Cara Membuat

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang diketok tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.

2.  masukan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.

3. masukan ikan dan biarkan merenih dan empuk. masukan bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bendi dah hancur atau lebur.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari

Oleh : Shaed

Bahan-Bahan;

  • 1/2 Ekor Ikan Pari 
  • 3 Cawan Air
  • Sedikit Air Asam
  • Garam Secukupnya
  • 9 Biji Bendi
  • 1 Senduk Minyak Masak
  • 1 Batang Serai Diketuk 
  • 1 Biji Bunga Kantan Dibelah Dua 
  • Seikat Daun Kesum 

Bahan Dikisar
  • 15 btg Cili 
  • 5 biji Bawang merah


Cara memasak Asam Pedas Ikan Pari ;


  1. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air dan air asam jawa, biarkan mendidih.
  3. Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesom .
  4. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
  5. Apabila ikan dah masak, masukkan bendi.
  6. Apabila bendi dah lembut, tutup api.



Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan 

  • 5 ekor ikan kembung 
  • 1 cekak daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai  dititik
  • garam 
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan air asam
  • 10 batang bendi
  • air secukupnya 

Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering direndam air panas seketika
  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • 1 inc belacan

Cara Penyediaan Asam Pedas Ikan Kembung

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih


Masukkan daun kesum, dan garam secukup rasa


Masukkan ikan. Biarkan ia mendidih dan ikan masak


Masukkan bunga kantan dan bendi. Padam Api. Siap  Asam Pedas Ikan Kembung


Asam Pedas Melaka Asli

Asam Pedas Melaka
Asam Pedas Melaka


Bahan bahan :

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri dibasuh bersih
  • 3 batang serai  dititik
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum 
  • Bungan kantan
  • Bendi / terung 
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar

  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 cili kering kisar
  • 3 cm belacan 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu lada hitam

 

Cara memasak Resepi Asam Pedas Melaka  :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga kekuningan. Masukkan bahan dikisar dan serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan gula, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Masukkan ikan, kacau seketika. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan bendi. Perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih.
  5. Asam Pedas Melaka siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Asam Pedas Ikan Jemuduk


Asam Pedas Ikan Jemuduk
Asam Pedas Ikan Jemuduk

Bahan bahan :

  • 1 kg ikan jemuduk 
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar :

  • 150 gm cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan

Cara memasak Asam Pedas Ikan Jemuduk

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan dan gaul rata. Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan bendi. Tutup api. 

Asam Pedas Ayam


Asam Pedas Ayam
Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut selera
  • 2-3 keping asam keping
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Daun kesum
  • Tomato
  • Bunga kantan
  • Gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak 

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci hali
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan

Cara membuat :

  1. Bersihkan ayam dan digoreng seketika.  Ketepikan.  
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.  
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.  Masukkan air secukupnya. 
  4. Masukkan,  bunga kantan, daun kesum, asam keping, air asam jawa, garam dan gula.
  5. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang kecil.  Masak sehingga kuahnya pekat. 
  6. Sebelum tutup api masukkan bendi dan tomato. Siap. 

Asam Pedas Muar

Asam Pedas Muar
Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:

  • 8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang
  • Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
  • 1 cawan perahan asam jawa
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat Daun Kesom
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 batang serai (dititik)
  • Sedikit belacan
  • 2 biji Tomato
  • 8 batang bendi muda
  • 500 ml air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara Membuat Asam Pedas :

1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah.
Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.
2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.
3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. Asam Pedas Muar siap untuk dihidangkan.