Kek Lapis Kastard Pandan

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Lapis Kastard Pandan




Kek span pandan
  • 150g tepung superfine
    1sk baking powder (diayak bersama tepung)
    150g gula kastor
    5 biji telur gred A
    1sb ovalete
    80ml air / susu cair
    80ml minyak masak / mentega cair / minyak jagung
    1 sudu teh pes pandan
    sedikit pewarna hijau

- pukul telur + gula + ovalete + tepung hingga pekat dan gebu - masuk air/susu cair + pes pandan + sedikit pewarna hijau- pukul lg hingga adunan benar2 ringan - masuk minyak , kaup balik dgn senduk hingga sebati - bakar 45 minit @ 175C.. - bila dah masak,keluarkan loyang dr oven dan terbalikkan 5 minit..pastu keluarkan kek dan terlentangkan hingga sejuk
**loyang kek hanya di gris bahagian bawahnyer saja. lapikkan dgn baking paper dn gris sekali lagi.


Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan

Bahan (A)
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat/susu sejat
85 gm tepong hoen kwee hijau/tepung kastard
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara membuat;
1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian.
2. Ketepikan Untuk membuat kastad,
3. campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
4. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
5. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan adunan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
Sediakan acuan bulat atau petak
Tuangkan satu lapisan kastard, ratakan dan letakkan kek span dalam acuan.
Tuangkan aduan kastad lagi keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa masing2..
, , , ,