Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan :

  • 4 biji telur itik 
  • 4 cawan santan 
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai 
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk :
  • 9 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup


Cara memasak Telur Itik Masak Lemak Cili Api  :

  1. Masukkan santan, daun kunyit dan serai serta bahan ditumbuk ke dalam periuk. Gaul  dan masak sampai kuah santan mendidih.
  2. Pecahkan stu persatu telur dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk.
  3. Perlahankan api dan tutup periuk seketika.
  4. Selepas 5 minit buka periuk dan kacau perlahan2.  
  5. Masukkan garam secukup rasa dan bila telor dah  masak, tutup api.
  6. Telur Itik Masak Lemak Cili Api siap untuk dihidang
, , ,