Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Nasi Ayam Mudah dan Sedap

nasi ayam
Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Bahan bahan:


Kuah Sup:

  • 1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
  • 1 biji bawang besar kuning - hiris
  • 3 bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - hiris
  • Sup bunjut
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam

  1. Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. 
  3. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. 
  4. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. 
  5.  Tutup api dan keluarkan ayam. 
  6. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.



Nasi Ayam:

  • Beras - basuh dan tos
  • Kuah sup
  • Daun pandan

  1. Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, 
  2. kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. 
  3. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. 
  4. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.



Sambal Cili:

  • 12 - 13 tangkai cili merah
  • 2 biji buah tomato
  • 3 sudu besar cuka
  • 3 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar gula pasir

  1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. 
  2. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


Sambal Kicap:


  • Kuah sup
  • Kicap cap kipas udang

  1. Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. 
  2. Masakkan di atas dapur buat seketika.



Ayam Goreng:

  • Ayam rebus - angkat dan tos
  • Kicap

  1. Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. 
  2. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. 
  3. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.
, , , , , ,