Bubur asyura

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Bubur asyura




 BUBUR ASYURA

Bahan-Bahannya:


  •     1kg tepung beras
  •     1kg gula pasir
  •     ½kg gula merah (masak dan ditapis)
  •     ½kg kacang kuda (direbus)
  •     1kg kacang hijau (direbus)
  •     ½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
  •     2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
  •     2kg pisang
  •     3 tongkol jagung segar
  •     1kg pati santan
  •     Garam secukup rasa
  •     2 helai daun pandan


Cara-Cara membuat Bubur asyura:

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
, , ,