Resepi Cheese Cake Meleleh * | Resepi Cheff

Resepi Cheese Cake Meleleh *

Resepi Cheese Cake

Bahan-bahan :
  •  200g cream cheese - TATURA CHEESE@PHILADHEPIA CHEESE
  •  300ml susu cair
  •  100g mentega
  •  100g tepung gandum
  •  100g gula halus
  •  4 biji telur saiz A
  •  1sudu teh esen vanila
  •  1sudu teh jus lemon
Cara-cara:

  1.  masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
  2. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
  4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
  5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
  6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
  8. biarkan kek didlm loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... JGN GATAL TGN NAK MENCUNGKIL2 TEPINYA... KANG COMOT X LICIN LAK TEPI2 KEK TU..
  9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Untuk Cream:
  •  250g cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream
  1.     Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
  *adunan ini memang cair

Untuk hiasan:

    1 buku (250g) cheddar cheese diparut


Cara penyediaan:

  1. Sejukkan kek yang telah dimasak, bahagikan kepada 2 keping.
  2. Tuang cream cheese ke atas lapisan kek pertama. Letak ke sekeping lagi di atasnya.
  3. Tuang semua cheese di atas kek tersebut.
  4. Parut cheddar cheese di atas kek tersebut.

3 Responses to "Resepi Cheese Cake Meleleh *"

  1. cara2 membuat kek nye xcomplete la...cmpur semua bhn ke br msuk mentega cair..??

    ReplyDelete
  2. Majerin tu..masak kat periuk lain...susu n majerin asing kn...dn cair kn majerin tu

    ReplyDelete