Resipi Kuih Siput

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resipi Kuih Siput





Kuih Siput

Bahan-bahan:
  • 1kg tepung gandum
  • 1 senduk margerin  - dicairkan dlm periuk
  • 1 sudu serbuk kari daging/ayam
  • 1 sudu sebuk cili
  • 5 sudu serbuk kari
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 sudu santan
  • Air secukunya
  • Daun kari 

Bahan kisar halus
  • 1 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan mnis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 5 tangkai Daun kari
  • 1 sudu udang kering

Cara-Cara membuat Resipi Kuih Siput :
  1. Campurkan tepung gandum dan mentega bersama bahan bertanda merah hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur dan santan. Gaul hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Tekan diatas acuan kuih siput.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak, masukkan beberapa helai daun kari kedalam kuali. Goreng sehingga garing dan rangup.
  5. Dah masak, toskan minyak.Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan.
, , ,