Ayam Masak Tomato

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ayam Masak Tomato




Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu cili boh
  • 4 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili hijau - dimayang
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya
Bahan ditumbuk :
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Cara cara membuat Ayam Masak Tomato

  1. Ayam digaul dengan  kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air jika perlu. Terpulang nak kuah byk mne.
  4. Masukkan ayam, sos tomato dan sos tiram. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato dan kacau lagi bagi mesra.
  6. Biarkan panas seketika, kemudian bolehlah ditutup api.
  7. Siap untuk dihidang.
, , , ,