Resepi Cheff: Sambal Tumis Ikan Bilis
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts with label Sambal Tumis Ikan Bilis. Show all posts
Showing posts with label Sambal Tumis Ikan Bilis. Show all posts

Sambal Tumis Ikan Bilis

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap dan Tahan Lama.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis dibasuh dan tos
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • Air asam jawa 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam
  • 3 sudu  gula 
  • Sedikit gula Melaka  supaya rasa lemak

Bahan A dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 

Cara cara memasak Sambal Tumis Ikan Bilis:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili, masak dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
  5. Masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Masukkan bawang besar dihiris bulat.. ( Jika suka ) .
  6. Siap untuk dimakan bersama Nasi Lemak

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 4 genggam ikan bilis  digoreng dulu
  • 4 senduk nasi cili kering siap blend   
  • Ikan bilis mentah  amik sikit je then tumbuk
  • Sedikit air asam jawa
  • minyak menggoreng
  • garam dan gula
Bahan A :
  • 1biji Bawang besar
  • 3 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih

Cara-cara memasak Sambal Tumis Ikan Bilis :

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
  2. Blend kemudian tumis bahan A sampai naik bau guna minyak yg sama.
  3. Masukkan ikan bilis mentah yg ditumbuk sikit tadi
  4. Masukkan cili blend dan masak sebentar sampai naik minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula - masak sekejap then rasa
  6. Biar menggelegak seketika dengan api sederhana kecil
  7. Campurkan ikan bilis yg dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api.
*Tips : minyak kena banyak, garam kurangkan sbb ikan bilis dah masin, api x leh besar.kalau suka boleh  taruk belacan sikit 

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan: 
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 2 labu bawang besar dihiris 
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak masak
Bahan dikisar
  • 15 tangkai cili kering 
  • 7 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis 
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, toskan, Ketepikan.
  2. Guna minyak tersebut untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis sehingga mendidih, masukkan ikan bilis goreng tadi.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu. Kepekatan kuah boleh ikut citarasa yang nak makan tu.
  6. Ulaman yang boleh dihidang bersama seperti kacang goreng, hirisan timun dan telur rebus.
  7. Siap untuk dihidang 

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis 

Bahan-bahan:

  • segenggam besar ikan bilis 
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • 5 biji bawang merah - dimayam
  • 2 ulas bawang putih - dimayam
  • 5 batang cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali dengan cilipadi)
  • 1 cawan santan
  • 2 tangkai petai 
  • garam secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara membuat Sambal Tumis Ikan Bilis :

  1. Goreng ikan bilis separuh masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika. Masukkan lada kering dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan santan, petai dan ikan bilis tadi. kacau hingga sebati
  4. Masukkan garam, kecilkan api dan tutup kuali.
  5. kacau sekali sekala. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
*Garam hanya perlu sedikit sahaja kerana air ikan bilis akan memasinkan sambal selepas masak.