Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api




Bahan bahan :


  • 1 ikat pucuk ubi
  • 4 cawan santan
  • Segenggam ikan bilis 
  • 1 keping asam keping 
  • 1 btg serai dititik 
  • Garam secukup rasa


Bahan ditumbuk lumat : 

  • 9 biji cili api 
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api   :

  1.  Basuh pucuk ubi dan toskan. Potong kecil. Ketepikan.
  2. Panskan air dalam periuk,  masukkan  bahan tumbuk , ikan bilis , serai, asam keping serta santan dalam periuk kemudian kacau. Tunggu sehingga kuah hampir mendidih.
  3.  Masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata semua bahan, 
  4. Masukkan garam secukupnya. Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah sebati dgn kuah boleh ditutup api dapur .




, , ,