Gulai ayam Terengganu

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Gulai ayam Terengganu




Gulai ayam Terengganu

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Gulai ayam Terengganu :-
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 3 sudu cili boh 
  • 1 paket kecil rempah gulai 
  • 1/2 paket kecil rempah masak 
  • 1 paket kerisik
  • air asam jawa
  • 1 keping asam keping
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukupnya
  • gula melaka 1 ketul kecil
  • minyak masak

Bahan yang perlu dikisar:-
  • 6 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1/4 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup 

Bahan tumis 
  • 3 biji bawang putih dimayang
  • 1/2 biji bawang besar-dimayang
  • 1 inci halia  dimayang kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kelopak bunga lawang

 Cara-cara membuat Gulai ayam Terengganu :-
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
  2. Tumiskan hingga wangi dan masukkan  bahan kisar serta cili mesin. 
  3. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan kerisik. 
  5. Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
  6. Kemudian masukkan ayam bersama ubi kentang.
  7. Masukkan  santan cair. 
  8. Bila gulai mendidih masukkan santan pekat bersama asam keping, air asam jawa dan gula nisan/melaka. Gulai ayam siap.
,