Sotong Goreng Kunyit

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sotong Goreng Kunyit




Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahannya :

  • 5 ekor sotong 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 9 biji cili padi - diketuk
  • 1 sudu kicap lemak manis JALEN
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat Sotong Goreng Kunyit:

  1. Sotong dipotong kecil membulat, bersih & toskan.
  2. Gaul  sotong dengan garam dan kunyit.  Perap seketika dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukan sotong yang telah diperap, kacau sebentar.
  4. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul rata. Masak sotong sehingga layu sedikit.
  5. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau rata.
  6.  Masukkan kicap lemak manis, Kacau seketika. Matikan api 
  7. Sotong Goreng Kunyit Siap untuk dihidang.
, , ,