Kek Gula Hangus Bersarang Semut

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Gula Hangus Bersarang Semut





DALAM SEMUA SEMUA RESEPI SAYA NI.....KEK SARANG SEMUT INI LAH YANG MENJADI JUARANYA........KLU BUAT GERENTI JADIK DAN SEDAP!!!
mesti ramai yg suka makan kek ni kannn.... cuba buat!! mudah je...saper saper pun mesti boleh buat sebab dah ribuan org yg buat guna resepi nie semua menjadi.....malah sedap lazat nikmat lg...


KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT
1 cwn gula ( klu nk kurang manis 3/4 gula)
1 cwn air panas
3 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(hati hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
3/4 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama 50-60 minit
**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau dan jangan
biarkan sampai jadi warna koko gelap atau hitam. sebab nanti kek akan jadi terlalu pahit.
biarkan gula hangus tu jadi warna perang kemerahan sebab itu akan menjadikan kek anda cantik dan sedap. jgn risau, rasa dia akan sedap . tapi camana pun terpulang pada anda sebab warna gula hangus anda itu akan mempengaruhi rasa dan kecantikkannya.
2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi 2-3 minit saja
masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....
warna kek nanti bergantung pada warna gula hangus yg anda buat nanti.
3.lagi satu tip mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)
, , , , , ,