Laksa Johor

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Laksa Johor


Bahan utk kuah laksa
  • 1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
  • 1/2 mangkuk minyak
  • 6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
  • 2 mangkuk santan

Bahan A
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 4 biji buah keras
  • 4 cm halia
  • 2 cm kunyit

Bahan B
  • 5 mangkuk air rebusan ikan
  • 1/2 mangkuk kerisik
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 buku gula melaka
  • 2 kiub ikan bilis

Cara menyediakan Laksa Johor

  1. Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
  2. Kisar bahan A hingga halus
  3. Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
  4. Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa

  1. Spagetti yg telah dicelur digaulkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat 
  2. Taugeh
  3. Timun dihiris halus
  4. Daun kesum dicincang halus
  5. Bunga kantan dicincang halus
  6. Bawang merah dihiris bulat
  7.  Limau kasturi dan sambal belacan
, ,