Kari Telur

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kari Telur




Kari Telur

Kari Telur


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur ayam
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • ½ inci halia (dihiris)
  • ½ paket serbuk santan (dibancuh dengan air, jangan terlalu cair)
  • 1 paket kecil serbuk kari (dibancuh dengan air)
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masukkan juga asam gelugur.
3. Masukkan santan dan kacau kuah sehingga sebati. Biarkan seketika sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah dan biarkan seketika.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur.
6. Apabila telur sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

-Qamira
, , , ,