Apam Bercorak

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Apam Bercorak

Apam Bercorak

(Gambar asal-cheff (Qamira)

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • 275 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Filling blueberry, coklat, strawberi atau apa-apa sahaja mengikut cita rasa anda
  • Pewarna

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan ovalette dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Masukkan bahan-bahan lain seperti susu, tepung gandum, baking powder dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut pilihan anda.
4. Masukkan setiap adunan bewarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).
6. Kemudian letakkan filling secukupnya.
7. Picitkan lagi adunan yang sama warna atau berbeza warna sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
8. Akhir sekali, bolehlah corakkan mengikut citarasa anda dengan adunan yang pelbagai warna.
9. Kukus selama 10-15 minit sehingga masak.

-Qamira
, , , , , ,