Resepi Biskut Kelapa

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Biskut Kelapa




 Biskut Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 250g mentega
  • 80g tepung jagung diayak
  • 250g tepung naik sendiri diayak
  • 80g kelapa kering, kisar halus
  • 120g  gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • Kelapa kasar
  • Telur putih
  • Ceri merah @ coklat cair 

Cara cara membuat Biskut Kelapa:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur. Putar sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik.
  5. Biarkan doh seketika sekitar 15 minit.
  6. Terap mengikut acuan. Sapu bahagian atas dengan  putih telur dan taburkan dengan kelapa kering.
  7. Bakar di dalam oven  pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit @ sehingga masak.
, , , , ,