Biskut Badam Coklat Chips

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Biskut Badam Coklat Chips




Biskut Badam Coklat Chips

Bahan bahan:

  • 250g mentega
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60g kacang badam/walnut - dibakar sebentar
  • 40g badam/walnut
  • 250g coklat chips



Bahan Ayak:

  • 300g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 50g susu tepung


Cara cara membuat  Biskut Badam Coklat Chips:

  1. Pukul mentega, gula halus, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan telur kuning, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak perlahan-lahan sambil di pukul.
  4. Campurkan badam dan cip coklat, kemudian imasukkan ke dalam adunan.
  5. Gaulkan rata.
  6. Bentukkan mengikut citarasa dan letakkan di atas dulang yang telah di lengserkan dengan mentega.
  7. Bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit
, , , , , , , , ,