Resepi Pandan Layer Cake

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Resepi Pandan Layer Cake





Bahan Kek Sponge

  • 125gm tepung kek
  • 125gm gula kaster
  • 15gm ovalette
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 40ml air daun pandan + pewarna hijau
  • 75ml minyak masak

Bahan A (Kastad Pandan)
  • 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
  • 180gm gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera (instant jelly)

Bahan B
  • 400ml santan pekat KARA
  • 85gm tepung Hoen Kwee hijau
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal
  • 1/8 sudu teh garam halus
  • Loyang 9" Loose Base Tin
Hiasan : Whip cream (jika suka) dan kelapa kering


Cara Membuat Pandan Layer Cake  :


  1. Satukan semua bahan kek kecuali minyak masak, pukul dengan speed perlahan hingga bergaul rata kemudian pukul dengan speed tinggi selama 6 minit hingga pekat dan bertanduk. Tukar ke speed sederhana dan masukkan minyak masak, putar hingga sebati.
  2. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan kek dahulu dan potong kepada 3 atau empat lapisan
  4. Kastard Pandan : Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  5. Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
  6. Sediakan Loyang bulat 9" loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di basahkan terlebih dahulu. Masukkan satu lapisan kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang.
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis lapisan kek.
  8. Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian bawahnya.
  9. Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
  10. Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan whip cream (dipukul dahulu) dan taburan kelapa kering. - sumber
,