Kek Coklat Karamel

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Coklat Karamel




Bahan-Bahan


Bahan karamel:
  • 2 sudu besar gula
Bahan Puding:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • sedikit esen

Bahan kek:


Bahan A:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
Bahan B:
  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
Bahan C:
  • 3 biji telur di pukul hingga kembang

Cara cara membuat Kek Coklat Karamel

  1. Untuk membuat karamel, 2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang. Masak gula tersebut hingga cair. Pastikan karamel memenuhi ruang loyang.Gunakan api perlahan. Ketepikan.
  2. Kacau Bahan puding hingga sebati, kemudian masukkan  ke dalam karamel. Kukus selama 20 minit.
  3. Masak seketika Bahan A hingga semua bahan sebati. Bahan B diayak kemudian dicampurkan bersama bahan A dan Bahan C. Ketepikan.
  4. Semua bahan kek dimasukkan ke dalam puding yang telah siap dimasak tadi.
  5. Kukus selama 1 jam @ hingga masak.
  6. Dah masak biarkan ia sejuk seketika, kemudian bolehlah diterbalikkan.
  7. Simpan di dalam peti ais untuk mendapat lebih nikmat ketika masuk dalam mulut.
, ,