Hye Assalamualaikum
Jumpa lagi kita dalam sesi celoteh. Celoteh bukan sebarang celoteh ye, tapi celoteh ini membawa ilmu. So rajin rajin la membaca ye. Semoga membawa manfaat kepada semua tak kira la sikit atau banyak manfaat yang ada. Hari ni kita nak borak sikit tentang rancangan tv yang berkaitan masakan. Pasti semua orang kat rumah ada tv kan. Kalau tak ada tu maknanya tak suka tengok tv la tu.
Pernah tak korang dengar tentang rancangan "dapur bujang"? Especially untuk mereka yang melanggan Unifi lah kan sebab rancangan ini ada di saluran hypptv. Sangat bermanfaat okay rancangan ini. So sapa sapa yang ada hypptv tapi tak pernah tahu pasal rancangan ini...boleh lah gode gode tv tu untuk cari rancangan ni. Ianya bermanfaat sebab rancangan ini mengajar cara memasak menggunakan bahan bahan dan cara yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru belajar mendekatkan diri dengan dapur.
Yang mengendalikan rancangan ini pula lelaki. So sangat bagus untuk kesedaran para lelaki di luar sana bahawa tugas memasak ini bukan hanya untuk perempuan sahaja tetapi lelaki juga patut turut serta. Bagi mereka mereka yang masih bujang tu pon bagus jugak sebab lepas tengok rancangan ni, dah tak payah membazir duit hari hari nak makan dekat mamak. Bukannya sedap pon, harga pon boleh tahan mahal. Tengok rancangan ni dan belajar lah memasak sendiri.
Yang menambahkan lagi bagusnya rancangan ini, bajet yang digunakan untuk membeli bahan bahan untuk memasak juga tidak mahal. Kadang kadang ada episod tu yang hanya menggunakan Rm10 sahaja tapi boleh menghasilkan 2 atau 3 jenis lauk. So lepas ni boleh lah buang tanggapan yang bajet kecil tidak boleh masak pelbagai hidangan. Apa yang penting adalah diri kita sendiri. Tepuk dada tanya diri kita...
Okay kita stop sesi celoteh takut ada yang menyampah pulak nanti. Kita terus dengan resipi kita hari ini iaitu sambal. Bagi masyarakat Melayu, sambal ni tidak asing lagi dalam masakan mereka. Makan apa pon mesti nak ada sambal. Lagi pedas lagi best katanya. Itu bagi yang tahan pedas lah. Bagi yang tak tahan pedas, sambal juga faktor utama untuk memberi rasa dalam makanan. Ada pelbagai jenis sambal di Malaysia ini dan ada pelbagai tahap kepedasan. Jadi mari kita teruskan dengan resipi kita iaitu sambal tumisikan bilis. Sangat sedap kalau dimakan dengan nasi lemak. Boleh juga dicecah bersama lempeng atau makan bersama nasi panas.
Resipi Sambal Tumis.
Bahan bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 biji bawang besar - hiris
- 2-3 sudu besar gula pasir
- Sedikit gula merah/gula Melaka
- Garam
- Air asam jawa/asam keping
Bahan kisar:
- 1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos
- 2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia - opsyenal
- Sebesar ibu jari belacan bakar - opsyenal
Cara cara:
1. Panaskan minyak yang banyak kemudian tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama untuk memastikan ianya masak sepenuhnya. Macam mana nak tahu kalau ianya telah masak sepenuhnya? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah masak.
3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
4. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis.
5. Kacau rata sehingga sambal masak.
Selamat mencuba.