Hye. Assalamualaikum.
Rindunya nak menulis setelah berehat untuk beberapa hari. Rasa tak lengkap je hari hari saya bila tak dapat nak berceloteh dalam penulisan saya. Tangan pon asik gatal gatal je nak menulis. Takut jugak lama sangat berehat. Nanti pengikut pengikut setia saya ni lari. Tapi korang tak kan lari kan...betol tak?
Korang apa khabar? Dah cuba ke semua resipi yang saya kongsikan? Kalau dah cuba, share lah gambar...kalau ada yang kurang dengan resipi saya, bagi lah cadangan. Baru lah sama sama happy sebab dapat saling berinteraksi kan. Lagi pon kalau korang tak bagi feedback...rasa macam syok sendiri pulak. MALU!!!
Hari ni sebelum kita masuk topik resipi kita...saya nak share sikit pendapat tentang trend makanan yang ada di Malaysia ni. Trend apa? Trend makanan yang dijual di foodtruck. Bagi mereka mereka yang duduk di sekitar Kuala Lumpur, mesti korang familiar dengan nama TAPAK. TAPAK ni merupakan satu kawasan lapang di mana tempat untuk peniaga peniaga foodtruck ni berniaga. Kebiasaannya akan dibuka pada waktu malam. Sangat popular untuk warga kota dan jugak para pelancong. Selain dari makanan yang sedap, cara peniaga mendekorasi truck truck mereka sangat lah kreatif. Itu yang membuatkan ramai orang tertarik. Dan ada macam macam jenis makanan, tidak kira makanan barat ataupun makanan orang Malaysia.
Sebenarnya foodtruck ini sudah lama popular diluar negara. Trend ini datang ke Malaysia dan menjadi ikutan untuk peniaga peniaga makanan di Malaysia, secara tidak langsung menjadi salah satu tarikan pelancong ke Malaysia. Cuma jauh dilubuk hati saya...harga yang diletakkan kadang kadang terlalu mahal. Apakah faktor yang menjadikan makanan di foodtruck ni mahal? Kalau lah boleh dikurangkan sedikit harga untuk makanan di foodtruck ni, mesti ramai lagi orang akan datang. Paling penting semua lapisan masyarakat dapat merasai kesedapan makanan di foodtruck ini.
Peniaga foodtruck di Malaysia ini sangat kreatif mengolah makanan mereka. Maka tidak hairan lah kalau korang boleh jumpa makanan makanan yang popular dari negara barat seperti mexico dijumpai di foodtruck yang ada di Malaysia. So bagi yang tidak berkemampuan untuk pergi ke melancong ke luar negara...ada boleh rasa makanan makanan ringan dari negara mereka di jual di foodtruck yang ada di Malaysia. Yelah...tak dapat pergi sana tapi dapat rasa makanan orang sana pon dah happy dah. Betol tak ?
Cukup lah sampai sini berceloteh...kita teruskan dengan resipi kita hari ini iaitu honey garlic chicken wing.
HONEY GARLIC CHICKEN WINGS
Bahan:
- 10 - 12 kepak ayam (dipotong drummet)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan untuk sos:
- 7 sudu kicap manis
- 8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 4 sudu madu
- 7 sudu sos cili
- 5 sudu sos tomato
Cara membuat:
1. Perap kepak ayam bersama telur, tepung jagung, tepung gandum, garam, serbuk cili, dan lada hitam.
2. Gorengkan ayam dengan api sederhana.
3. Didihkan kicap manis, bawang putih, madu, sos cili, dan sos tomato.
4. Salut ayam yang sudah digoreng tadi bersama sos.
Jika mahu rasa yang lebih umph, ayam yang telah disalut boleh dibakar di dalam ketuhar selama beberapa minit.
Selamat Mencuba... :)