Telur Bistik

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

Telur Bistik

Hye Assalamualaikum.

Jumpa lagi kita dalam dalam blog resipi memasak ni. Kepada yang baru nak follow blog ini, selamat datang diucapkan. Kepada yang senior senior tu tak perlu selamat datang la kan. Tapi terima kasih kerana still menyokong blog ni dan tak pernah jemu mengikuti perkembangan resipi resipi yang ada dalam blog ni.
Dalam perjalanan balik dari kerja tadi dapat idea untuk tulis resipi. Bukan apa, resipi tu datang masa sibuk tengah merungut nak masak apa untuk malam ni. Yelah biasalah manusia kan, bukan nya robot. Kat tempat kerja tadi ada macam macam masalah yang menyumbang kepada stress, lepas tu jalan pulak jammed memang menjadi penambah perasa lah untuk stress yang dah sedia ada tu. Badan pulak dah penat seharian bekerja. Tapi, tak kan tak masak kot untuk makan malam. Habis tu yang kat rumah tu nak makan apa? Kalau beli, macam mana nak jimat. Bukan sedap pon makanan kat kedai. Itu yang terfikir tu nak bagi resipi resipi mudah kepada kaum kaum hawa kat luar sana. Atleast dapat membantu sikit kan.
Dah nama nya pun resipi mudah, bahan nya mesti lah mudah dan steps nya mestilah ringkas kan. Dalam banyak banyak lauk pauk atau set hidangan, apa benda yang korang rasa paling senang? Soalan ni kalau bagi orang bujang confirm semua dapat jawab dengan betul. Cepat teke! Makanan ni memang femes untuk orang bujang. Satu Malaysia tahu. Jawapan dia ialah...nasi...telur ...dan kicap. Makan masa panas panas...mesti tak pandang kiri kanan punya. Telur goreng adalah hidangan paling ringkas dan mudah. Sesiapa sahaja mampu membuatnya.
Tapi kali ni kita bukan nak bagi resipi telur goreng. Habis kena maki nanti dengan semua. Penat baca panjang panjang tapi just nak masak telur goreng je. Kita cakap cakap pasal telur ni sebab bahan utama dalam resipi kita kali ini ialah telur. Dan resipi kali ini sangat mudah. Sesuai untuk mereka yang bekerja tapi still terpaksa memasak. Hehehe bukan terpaksa...tapi tanggungjawab. Nak jadi isteri mithali kan. Tapi dah penat bekerja kan...kalau boleh tak nak la masak yang susah susah kan. Nanti lambat pulak siap.
Okay cukup cukup la membebel panjang kan. Kita terus jela kepada resipi kita ye. Okay kita akan memasak telur bistik untuk hari ini. Sesuai di makan bersama nasi then letak kicap sikit. Jom kita mulakan resipi kita.

Resipi telur bistik
Resipi telur bistik

TELUR BISTIK

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • Ayam/daging – potong dadu
  • 1/2 biji bawang merah besar – hiris
  • 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
  • 2 biji bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur campuran (lobak, jagung dan kacang yang jual kat kedai tu)
  • Gula dan garam secukupnya


Cara-cara:

1-Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
2-Tambahkan sedikit garam.
3-Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
4-Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
5-Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
6-Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
7-Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8-Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar.
9-Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.

Sedia untuk dihidangTelur
, , ,