LALA GORENG TOM YAM ALA THAI

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

LALA GORENG TOM YAM ALA THAI

Hye Assalamualaikum

Ada masa terluang ni apa kata kita berceloteh sikit jom. Daripada sebok mengumpat mengata orang sana sini lebih baik kita berceloteh pasal makanan ke resipi ke ada jugak faedahnya. Hari ni saya nak bagi resipi berkaitan seafood. Jom kita celoteh pasal seafood dulu ye. Mesti semua orang sukakan seafood kan. Walaupun harganya mahal tapi kita sanggup beli sebab sedap. Kalau gaji tak besar mungkin sebulan sekali kan, mana yang gaji besar tu mungkin sminggu sekali. Bagi yang dah terror masak tu mungkin jimat sikit la sebab bole masak sendiri. Kepada yang baru belajar memasak tu mungkin masih makan di kedai la kan.
Kalau yang pandai tu mesti tahu port jual seafood yang murah kan. Tapi susah jugak nak jumpa. Kalau jumpa pon kena ikot nasib masa membeli. Kalau cepat...mungkin dapat, tapi kalau lambat sikit...orang lain dah sambar dulu lah. Biasanya di pasar pasar tani ada menjual seafood ni. Tapi mungkin tidak banyak pilihan sangat. Kalau korang nak yang fresh dan banyak pilihan...boleh la pergi ke kuala selangor. Kat sana ada jeti di mana nelayan nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka. Dan harga untuk seafood disana agak murah berbanding tempat lain. Cuma kena rajin sikit la drive sampai ke kuala selangor tu.
Antara seafood yang menjadi kegemaran ramai ialah...ikan, udang, sotong, kerang, kepah, lala dan macam macam lagi. Dan untuk menu kita hari ini, kita akan memasak lala. Untuk kerang, kepah dan lala ni kita kena beli dalam kuantiti yang banyak. Lagi lagi kalau kita mempunyai keluarga yang besar. Sebab isi dia tidak besar sangat. Cengkerang je besar. Tak puas makan kalau beli sikit je. Sebab tu kena cari harga yang betul betul murah. Sebab dia akan timbang sekali dengan cengkerang. Cengkerang tu yang buat jadi berat. Isi dalam tu tak adalah berat sangat pon. So kepada korang sekalian...jom ramai ramai kita cuba memasak seafood. Untuk hari ni kita belajar memasak lala dulu ye.

LALA GORENG TOM YAM ALA THAI
lala goreng tomyam


Bahan-bahannya:
  • 1 kilo lala
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • seinci halia ~ dihiris
  • 1 batang serai~ dititik/dipecahkan
  • 1 biji tomato dibelah empat
  • 1 kiub perencah tomyam
  • sebungkus kecil kacang sepat
  • semangkuk kecilbrokoli
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut/kemagi/selasih (mana yg korang suka)


Cara-cara Memasak
1. Panaskan minyak masak
2. Tumiskan bawang putih,bawang besar,cili padi,serai,dan cili kisar
3. Masukkan sedikit air, perencah tomyam, sos tiram dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan lala dan goreng hingga sebati dengan sos tadi
6. Masukkan daun limau purut, kacang sepat,brokoli dan tomato
7. Kacau sebati bahan-bahan hingga bila lala dah terbuka Apabila lala dan terbuka, tandanya lala masak
8. Matikan api dan hidangkan.

Selamat mencuba.
, ,