Kuih Lompang
Kuih yang tak lapuk di telan zaman oleh kerana rasa yang unik dan tersangat enak jika kena pada buatan nya. Resipi Kak Hanieliza ni memang terbaik... Along sangat puas hati, seperti yg di idamkan, kuih lompang mesti berlubang di tengah dan tekstur nya lebih lembut di tengah nya seolah2 puding. Manis nya juga sedang2 dan sesuai dgn selera Along. Terima-kasih ya KakLiza.
Resipi ditaip semula utk mudah rujuk & Along separuhkan dari resipi asal
Bilangan: 2 dozen
BAHAN2:
- 1/4 cwn Gula Pasir*
- 1/4 cwn Gula Merah*
- 1 helai Daun Pandan*
- 2 cwn Air* (* Masak sehingga gula hancur untuk jadikan sirap & sejukkan)
- 1 cwn Tepung Beras
- 1/4 st Air Kapur
- Kelapa Muda Parut
CARA2:
- Campurkan tepung, air kapur & sirap gula sehingga sebati. Tapis.
- Tuangkan ke dlm acuan2 kecil & kukus 20 minit.
- Hidangkan dgn kelapa parut.
sumber