Resepi Cheff: Search results for tomyam
Resepi Cheff

Koleksi 1001 Resepi Masakan Ainee Hayaty Buah Hati Abah Alyaa Maisarah Alesya Adawiyah

Carian Resepi

Showing posts sorted by date for query tomyam. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query tomyam. Sort by relevance Show all posts

LALA GORENG TOM YAM ALA THAI

Hye Assalamualaikum

Ada masa terluang ni apa kata kita berceloteh sikit jom. Daripada sebok mengumpat mengata orang sana sini lebih baik kita berceloteh pasal makanan ke resipi ke ada jugak faedahnya. Hari ni saya nak bagi resipi berkaitan seafood. Jom kita celoteh pasal seafood dulu ye. Mesti semua orang sukakan seafood kan. Walaupun harganya mahal tapi kita sanggup beli sebab sedap. Kalau gaji tak besar mungkin sebulan sekali kan, mana yang gaji besar tu mungkin sminggu sekali. Bagi yang dah terror masak tu mungkin jimat sikit la sebab bole masak sendiri. Kepada yang baru belajar memasak tu mungkin masih makan di kedai la kan.
Kalau yang pandai tu mesti tahu port jual seafood yang murah kan. Tapi susah jugak nak jumpa. Kalau jumpa pon kena ikot nasib masa membeli. Kalau cepat...mungkin dapat, tapi kalau lambat sikit...orang lain dah sambar dulu lah. Biasanya di pasar pasar tani ada menjual seafood ni. Tapi mungkin tidak banyak pilihan sangat. Kalau korang nak yang fresh dan banyak pilihan...boleh la pergi ke kuala selangor. Kat sana ada jeti di mana nelayan nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka. Dan harga untuk seafood disana agak murah berbanding tempat lain. Cuma kena rajin sikit la drive sampai ke kuala selangor tu.
Antara seafood yang menjadi kegemaran ramai ialah...ikan, udang, sotong, kerang, kepah, lala dan macam macam lagi. Dan untuk menu kita hari ini, kita akan memasak lala. Untuk kerang, kepah dan lala ni kita kena beli dalam kuantiti yang banyak. Lagi lagi kalau kita mempunyai keluarga yang besar. Sebab isi dia tidak besar sangat. Cengkerang je besar. Tak puas makan kalau beli sikit je. Sebab tu kena cari harga yang betul betul murah. Sebab dia akan timbang sekali dengan cengkerang. Cengkerang tu yang buat jadi berat. Isi dalam tu tak adalah berat sangat pon. So kepada korang sekalian...jom ramai ramai kita cuba memasak seafood. Untuk hari ni kita belajar memasak lala dulu ye.

LALA GORENG TOM YAM ALA THAI
lala goreng tomyam


Bahan-bahannya:
  • 1 kilo lala
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris
  • seinci halia ~ dihiris
  • 1 batang serai~ dititik/dipecahkan
  • 1 biji tomato dibelah empat
  • 1 kiub perencah tomyam
  • sebungkus kecil kacang sepat
  • semangkuk kecilbrokoli
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut/kemagi/selasih (mana yg korang suka)


Cara-cara Memasak
1. Panaskan minyak masak
2. Tumiskan bawang putih,bawang besar,cili padi,serai,dan cili kisar
3. Masukkan sedikit air, perencah tomyam, sos tiram dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan lala dan goreng hingga sebati dengan sos tadi
6. Masukkan daun limau purut, kacang sepat,brokoli dan tomato
7. Kacau sebati bahan-bahan hingga bila lala dah terbuka Apabila lala dan terbuka, tandanya lala masak
8. Matikan api dan hidangkan.

Selamat mencuba.

Ikan Siakap Masak 3 rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 biji cili kering (nk pedas tambah lg)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit perencah tomyam
  • sedikit belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • sedikit kicap
Untuk kuah - potong dadu
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji nenas
  • 2 biji tomato
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan Siakap 3 rasa:

  1. Goreng ikan sehingga masak.
  2. Blender bawang merah,bawang putih,halia& belacan.Ketuk serai.
  3. Tumis bahan blender hingga naik bau.Masukkan sedikit sos tiram.Masukkan serai yg telah diketuk.
  4. Bila masak masukkan  air,sos cili,sedikit kicap  bersama-sama bahan kuah kecuali bawang besar & tomato.Bila dah layu sikit baru masuk bawang besar bersama-sama tomato.
  5. Masukkan daun limau purut,garam secukup rasa.
  6. Masukkan ikan bila dah pekat sikit & angkat.
  7. Sedia untuk dihidang.

Nasi goreng Tomyam


Nasi goreng Tomyam
Nasi goreng Tomyam
Bahan-Bahan :
  • 3 cawan nasi - masak biar keras sikit, biarkan sejuk
  • 2 ekor sotong - dihiris nipis
  • 2 ketul dada ayam - diambil isinya
  • 9 ekor udang
  • 1 sudu  perencah tomyam
  • 1 biji telur
  • daun ketumbar untuk hiasan
  • minyak masak secukupnya
Bahan A
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji cili padi - diketuk
  • Sayur campur


Cara cara membuat Nasi goreng Tomyam :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotoang. Goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan pula perencah tomyam dan telur, masak  hingga telur separuh masak.
  4. Masukkan nasi, gaul hingga sekata.
  5. Tabur daun ketumbar  untuk hiasan.
  6. Tutup api dan bolehlah dimakan.

Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor Ayam  dipotong kecil-kecil
  • 1 inci Lengkuas 
  • 1 bungkus Perencah Tomyam
  • 5 helai  Daun limau purut 
  • 2 sudu  Minyak 
  • 3 batang Serai diketuk
  • 2 biji Bawang besar dipotong bulat
  • 3 biji Tomato dipotong 4
Bahan A:
  • 3 ulas Bawang putih diketuk
  • 1 inci Belacan ditumbuk lumat
  • 2 sudu Cili boh 

Cara-cara penyediaan Tomyam ayam 

  1. Rebus ayam bersama lengkuas hingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan A hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah direbus. Masukkan air rebusan ayam mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masukkan perencah tomyam, daun limau purut, serai, bawang besar dan tomato.
  4. Selesai

Tom Yam Campur


Tom Yam Campur
Tom Yam Campur

Bahan-bahannya:

  • 1/2kg ayam dipotong kecil
  • 1 labu bawag besar  dipotong semi bulatan
  • 3 ulas Bawang putih diketuk
  • Sepeket perencah tom yam 
  • 1 inci lengkuas dititik
  • Sedikit minyak utk menumis.
  • 5 cwn air 
  • Garam secukupnya
Bahan A:
  • 1 batang carrot dipotong memanjang
  • Bunga kobis
  • 3 batang putik jagung
  • sebatang serai.
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3 helai daun limau purut
  • 9 biji cili padi - dibelah 2

Cara- caranya  penyediaan Tom Yam Campur :

  1. Tumis bawang besar bersama bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam.
  2. Apabila ayam separuh masak, masukkan perencah tomyam. Masukkan air dan lengkuas.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan A. Biarkan seketika. Jangan lupa kacau.
  4. Masukkan garam secukup rasa.Siap