Carian Resepi
Showing posts with label Sambal Tumis. Show all posts
Showing posts with label Sambal Tumis. Show all posts
Sambal Tumis Kerang
Hye Assalamualaikum
Korang nak tahu satu fakta tentang Malaysia tak? Malaysia sangat terkenal dengan nasi lemak. Dan kalau korang nak tahu lagi, nasi lemak di Malaysia bukan hanya di makan pada waktu pagi tetapi ianya juga di makan pada waktu malam. So jangan terkejut lah kalau rata rata penduduk Malaysia ni obesiti.
Kalau versi budak sekolah atau orang yang berjimat, nasi lemak diorang hanya ada nasi, sambal, telur yang dipotong kecik lepas tu timun atau ikan bilis. Tapi kalau versi nasi lemak mewah...segala macam boleh letak dalam nasi lemak. Pilih jelah nak apa...ada ayam goreng...telur goreng...kangkung...dan paling popular ialah sambal sotong dan sambal kerang. Nasi lemak ni yang membuatkan ia sedap bukan nasi...tapi sambal dan lauk pauk yang ada.
Satu tips dari saya...kalau anda nak melariskan penjualan nasi lemak anda, sambal nasi lemak anda serta lauk lauk untuk nasi lemak itu haruslah sedap. Nescaya ramai orang akan membeli nasi lemak anda malah mereka akan sanggup beratur panjang untuk membeli. Oleh itu hari ini saya akan kongsikan resipi sambal kerang untuk anda. Kerang ni dia dah ada rasa dia yang tersendiri. Disebabkan dia dah ada rasa tersendiri, orang biasanya akan bakar sahaja kerang ni lepas tu dah boleh makan. Oleh itu, kita harus pandai kalau mahu masak sambal kerang agar rasa sambal kerang kita tadi tidak pelik dan disukai ramai.
Saya share sikit info pasal kerang ye. Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah. Daging kerang mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
Okay korang dah tahu kan serba sedikit pasal kerang. So sekrang kita belajar cara masak pula ye.
Sambal Tumis Kerang
Bahan bahan:
- 1 mangkuk isi kerang
- 2 sudu besar cili kisar
- 5-6 ulas bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- Gula
- Garam
- 1/4 keping asam keping
- 1/2 biji bawang besar Holland
Cara cara:
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Kemudian tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.
3. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
4. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.
5. Masukkan kerang dan masak kerang seketika sahaja. Kemudian masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
6. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.
Resipi Sambal Tumis
Hye Assalamualaikum
Jumpa lagi kita dalam sesi celoteh. Celoteh bukan sebarang celoteh ye, tapi celoteh ini membawa ilmu. So rajin rajin la membaca ye. Semoga membawa manfaat kepada semua tak kira la sikit atau banyak manfaat yang ada. Hari ni kita nak borak sikit tentang rancangan tv yang berkaitan masakan. Pasti semua orang kat rumah ada tv kan. Kalau tak ada tu maknanya tak suka tengok tv la tu.
Pernah tak korang dengar tentang rancangan "dapur bujang"? Especially untuk mereka yang melanggan Unifi lah kan sebab rancangan ini ada di saluran hypptv. Sangat bermanfaat okay rancangan ini. So sapa sapa yang ada hypptv tapi tak pernah tahu pasal rancangan ini...boleh lah gode gode tv tu untuk cari rancangan ni. Ianya bermanfaat sebab rancangan ini mengajar cara memasak menggunakan bahan bahan dan cara yang mudah. Sesuai untuk mereka yang baru belajar mendekatkan diri dengan dapur.
Yang mengendalikan rancangan ini pula lelaki. So sangat bagus untuk kesedaran para lelaki di luar sana bahawa tugas memasak ini bukan hanya untuk perempuan sahaja tetapi lelaki juga patut turut serta. Bagi mereka mereka yang masih bujang tu pon bagus jugak sebab lepas tengok rancangan ni, dah tak payah membazir duit hari hari nak makan dekat mamak. Bukannya sedap pon, harga pon boleh tahan mahal. Tengok rancangan ni dan belajar lah memasak sendiri.
Yang menambahkan lagi bagusnya rancangan ini, bajet yang digunakan untuk membeli bahan bahan untuk memasak juga tidak mahal. Kadang kadang ada episod tu yang hanya menggunakan Rm10 sahaja tapi boleh menghasilkan 2 atau 3 jenis lauk. So lepas ni boleh lah buang tanggapan yang bajet kecil tidak boleh masak pelbagai hidangan. Apa yang penting adalah diri kita sendiri. Tepuk dada tanya diri kita...
Okay kita stop sesi celoteh takut ada yang menyampah pulak nanti. Kita terus dengan resipi kita hari ini iaitu sambal. Bagi masyarakat Melayu, sambal ni tidak asing lagi dalam masakan mereka. Makan apa pon mesti nak ada sambal. Lagi pedas lagi best katanya. Itu bagi yang tahan pedas lah. Bagi yang tak tahan pedas, sambal juga faktor utama untuk memberi rasa dalam makanan. Ada pelbagai jenis sambal di Malaysia ini dan ada pelbagai tahap kepedasan. Jadi mari kita teruskan dengan resipi kita iaitu sambal tumisikan bilis. Sangat sedap kalau dimakan dengan nasi lemak. Boleh juga dicecah bersama lempeng atau makan bersama nasi panas.
Resipi Sambal Tumis.
Bahan bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 biji bawang besar - hiris
- 2-3 sudu besar gula pasir
- Sedikit gula merah/gula Melaka
- Garam
- Air asam jawa/asam keping
Bahan kisar:
- 1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos
- 2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia - opsyenal
- Sebesar ibu jari belacan bakar - opsyenal
Cara cara:
1. Panaskan minyak yang banyak kemudian tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama untuk memastikan ianya masak sepenuhnya. Macam mana nak tahu kalau ianya telah masak sepenuhnya? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah masak.
3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
4. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis.
5. Kacau rata sehingga sambal masak.
Selamat mencuba.
Sambal Tumis Sotong Sedap
Sambal Tumis Sotong Sedap
Oleh : Shaed
Bahan-bahan:
- 1 kg sotong - bersihkan dan potong ikut suka
- 1 labu bawang besar dipotong bulat
- 1 sudu teh asam jawa
- 2 sudu gula
- minyak
- garam
Bahan kisar:
- 18 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 1 cm belacan
- 1 cm halia
- 1 batang serai
Cara Masak Sambal Tumis Sotong :
Sotong dibersihkan dan potong kecil. Panaskan kuali dan masak sotong sekitar 5 minit. Biarkan air
sotong keluar.
Balik-balikkan sotong supaya air sotong keluar sekata. Keluarkan dan toskan.
Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan asam jawa, gula dan bawang besar
Masukkan sotong.
Gaul rata semua bahan, perasakan dengan garam. Tutup api.
Sambal Tumis Sotong siap untuk dijamu.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap dan Tahan Lama.
![]() |
| Sambal Tumis Ikan Bilis |
Bahan bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis dibasuh dan tos
- 1/2 mangkuk cili kisar
- Air asam jawa 1 sudu kecil pes asam jawa
- Garam
- 3 sudu gula
- Sedikit gula Melaka supaya rasa lemak
Bahan A dikisar
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
Cara cara memasak Sambal Tumis Ikan Bilis:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan cili, masak dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
- Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata.
- Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
- Masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Masukkan bawang besar dihiris bulat.. ( Jika suka ) .
- Siap untuk dimakan bersama Nasi Lemak
Sambal Goreng Jering Betawi
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji jering tua
- 200gm perut lembu | direbus dan tos
- 100gm udang
- 5 keping tauhu | dihiris dan digoreng
- 3 keping tempe | dihiris dan digoreng
- 150ml santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN TUMBUK HALUS :
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- BAHAN HIRIS HALUS:
1 biji bawang besar
3 tangkai cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk halus sehingga naik bau.2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris halus dan kacau rata.
3. Setelah itu, masukkan pula udang, perut lembu, tempe dan tauhu goreng serta jering tua.
4. Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, apabila sambal telah pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- 4 genggam ikan bilis digoreng dulu
- 4 senduk nasi cili kering siap blend
- Ikan bilis mentah amik sikit je then tumbuk
- Sedikit air asam jawa
- minyak menggoreng
- garam dan gula
- 1biji Bawang besar
- 3 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
Cara-cara memasak Sambal Tumis Ikan Bilis :
- Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
- Blend kemudian tumis bahan A sampai naik bau guna minyak yg sama.
- Masukkan ikan bilis mentah yg ditumbuk sikit tadi
- Masukkan cili blend dan masak sebentar sampai naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula - masak sekejap then rasa
- Biar menggelegak seketika dengan api sederhana kecil
- Campurkan ikan bilis yg dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api.
Subscribe to:
Posts (Atom)





