Sambal Goreng Jering Betawi

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Sambal Goreng Jering Betawi





BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji jering tua
  • 200gm perut lembu | direbus dan tos
  • 100gm udang
  • 5 keping tauhu | dihiris dan digoreng
  • 3 keping tempe | dihiris dan digoreng
  • 150ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • BAHAN HIRIS HALUS:
    1 biji bawang besar
    3 tangkai cili merah
    2 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk halus sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris halus dan kacau rata.
3. Setelah itu, masukkan pula udang, perut lembu, tempe dan tauhu goreng serta jering tua.
4. Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, apabila sambal telah pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.