DAGING MASAM MANIS

Koleksi 1001 Resepi Masakan Alyaa Maisarah PTHQ

Carian Resepi

DAGING MASAM MANIS

DAGING MASAM MANIS

Hye Assalamualaikum. Apa khabar semua yang membaca blog saya ni? Diharaokan orang sihat bersama orang tersayang ye.

Hari ini sebelum saya kongsikan resipi saya pada kali ini, saya nak bercerita sikit tentang bahan bahan yang selalu menjadi intipati dalam resipi kita ye…seperti bawang merah…bawang besar….bijan…dan macam macam lagi. Bukan apa, kadang kadang kita tahu masak tapi terlupa perkara asas tentang bahan masakan kita tu. Bagi yang baru nk belajar memasak tu…mestilah banyak bahan yang korang baru nak belajar kan. So saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.

Kita mulakan dengan bawang ye. Kadang kadang kita yang dah selalu masak ni pon boleh tersilap atau keliru dengan bawang. Bawang yang selalu orang Malaysia masak ni…terdiri daripada tiga jenis iaitu bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

Bawang merah merupakan bahan wajib dalam masakan yang disediakan sama ada dimasak atau dibuat kerabu. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu, bawang merah juga mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda, menghindarkan kanser perut., mencairkan darah, mengelakkan serangan jantung, strok, mengurangkan risiko Alzheimer dan mengurangkan tahap gula bagi pesakit kencing manis.

Selain bawang merah kita juga ada bawang besar. Bawang besar boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk, atau dikeringkan. Ianya digunakan dalam setiap masakan, sos, stew, sup, salad segar, atau menjadi bahan hiasan hidangan. Bawang besar menjadi lebih mudah dikupas jika direndam di dalam air mendidih selama 10 saat dan kemudiannya dicelupkan kedalam air sejuk sebelum kulitnya dikupas. Bagi mengelakkan mata berair ketika mengupas, eloklah dibasuh dahulu dengan air sejuk atau dimasukkan ke dalam peti ais selama 10 minit sebelum dikupas. Cara lain adalah dengan dipotong dibawah air yang mengalir atau birkan ianya basah ketika dipotong.

Bawang putih pula mempunyai aroma yang kuat dan tajam seperti campuran pedas, pahit, dan sedikit masam bergantung kepada jenis masakan. Bawang putih dapat menaikkan aroma masakan daging, ikan dan juga sayuran. Sekiranya mahu membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan terlindung di dalam kulitnya. Itu sahaja untuk kali ini. Entry akan dating saya akan kongsi kan tentang bijan, buah keras dan buah pala. Kita teruskan dengan resipi kita hari ini, daging masam manis.


DAGING MASAM MANIS
Resipi Daging Masam Manis

Bahan A
  • 500 gram daging
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Bahan B(dihiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau


Cara Memasak
1.  perapkan daging dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
2.  panaskan minyak dan masukkan daging. Goring sehingga lembut
3.  masukkan sos tomato dan sos cili
4.  masukkan pula bahan yang dihiris. Kacau dan gaul sebati.
5.  Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.
,