Pulut Kuning Kukus

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Pulut Kuning Kukus






Bahan bahan
  • 500g beras pulut
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kunyit serbuk
  • 1 inci kunyit hidup ditumbuk dan tapis air
  • Pewarna
  • Minyak masak 
  • 1/2 sudu gula
  • 1 sudu teh garam

Cara cara
  1. Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau sehingga warna sekata. Masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 jam.
  2. Panaskan pengukus.  Masukkan beras pulut kedalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan.    Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
  3. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan 
  4. Kukus sekali lagi sehingga naik wap.  Bila telah naik wap, tutup api dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan kacau rata.
  5. Hidangkan pulut dengan rendang  ayam atau daging atau telur dadar
, ,