Ayam Mentega

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Ayam Mentega


Ayam Mentega


Bahan-bahan:
  • 500 gram isi ayam [dipotong kecil dan nipis]
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih     
  • 1 inci halia dicincang halus
  • 10 tangkai cili api merah
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1/2 cawan air dibancuh
  • 1 tangkai cili merah [dihiris kasar]


Cara-cara:


  1. Masukkan ayam dan kicap cair ke dalam mangkuk. Gaul sebati dan perapkan selama sekurang-kurangnya 20 minit.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga garing.
  3. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  4. Panaskan mentega dan sedikit minyak masak di dalam kuali lain dan tumiskan bawang putih, halia sehingga wangi. 
  5. Masukkan daun kari dan cili api. Kacau sebentar.
  6. Perlahan api dan masukkan susu cair, bancuhan air tepung jagung dan sos tiram. Kacau sebati.
  7. Bila kuah agak pekat tutup api dan masukkan ayam dan cili merah. Kacau sebati.
,