Kek Pandan Cheese 2 Rasa (Kukus)

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Pandan Cheese 2 Rasa (Kukus)





Bahan-Bahan: (Loyang 5x6’)

  • 6 Biji Telur (Grade A)
  • 1 Cup Tepung kek
  • 1 Tin 500g susu Pekat Manis
  • 1 sudu Teh Ovalatte
  • 1 Cup Gula Halus
  • 250gm Butter (Saya Guna Buttercup)
  • 250gm Cream Cheese
  • Perasa/Pewarna Pandan (Hijau) secukupnya
  • Perasa/{ewarna keladi (Yam) Secukupnya

Cara Membuatnya:

~ Pukul Gula, Butter & Ovalatte Hingga Kembang.
~Masukkan Telur satu persatu.Putar sebati hingga gebu.
~ Masukkan Tepung Kek. Putar Perlahan Biar sebati.
~ Kemudian masukkan susu Pekat Manis. Putar Perlahan.
~Bila sudah sebati,masukkan Cream Cheese.
~ Teruskan Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan rata.
~ Bahagikan Adunan Kepada 3 Bahagian:
~ 1 Bahagian dibiarkan dengan perasa/pewarna asal.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/pewarna Pandan.
~ 1 Bahagian dicampurkan dengan perasa/Pewarna Keladi (Yam)
~ Sediakan Loyang yang telah dialas dengan sedikit butter & baking paper.
~ Air kukusan hendaklah di didihkan terlebih dahulu.
~ Ambil sedikit adunan Pandan (Hijau) dan tuangkan kedalam Loyang.
~ Kukus dalam 10-15minit @ Sehingga kek masak barulah tuangkan adunan asli (Cheese) diatasnya. Kukus Lagi sehingga masak. Sama Juga dengan adunan keladi (yam)
~ Ulang proses yang sama. ~ Akhir sekali, Tuangkan adunan pandan (Hijau)
~ Untuk adunan yang terakhir, kek hendaklah dikukus selama 1jam agar kek masak dengan sempurna.
, , , ,