Carian Resepi
Showing posts with label puding roti. Show all posts
Showing posts with label puding roti. Show all posts
Puding Roti
Puding Roti
Bahan bahan:
- 8 keping roti (gardenia @ hi5)
- 500ml susu segar
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sbb takut nanti manis sgt)
- 1 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
- 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
- Kismis utk hiasan
Cara cara membuat Puding Roti :
- Koyakkan roti ke dalam loyang.
- Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dcampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul2 hancur).
- Masukan bahan yang dputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
- Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing2. (Kena tabur selepas bahan di. No 3 drendam 20-30 minit)
- Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Utk sos kastard :-
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- Campurkan kesemua bahan ke dlm periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing2.
- Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dtuang sos kastard.
Puding roti dua rasa
Bahan-bahan :
- 4 keping roti putih
- 2 biji telur
- 1/2 cwn susu pekat manis
- 1 cwn gula pasir
- 170ml susu cair/segar
- 1 paket serbuk agar2@agar2 tali
- 2 sudu butter
- 4 1/2 cwn air
- *any colour n flavour what u want*
- (boleh letak flavour green apple n laici)
- Masak agar2 dan gula bersama 3 cawan air.
- Blander halus roti putih, telur, susu pekat dan susu cair dan 1 1/2 air then masukan ke dalam agar2 td. (kacau selalu takut adunan akn hangus nanti)
- Masukan butter dan kacau sebati
- Bahagi aduna kepada 2 bahagian warna dan perasa
- Basahkan loyang dengan air. Kukus lapisan pertama selama 8minit di ikuti lapisan ke-2
- Siap. Tunggu sejuk kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk
Resepi Puding Roti Bakar
Resepi Puding Roti Bakar
Bahan-bahan:-
- 9 keping roti
- 2 sudu butter
- 3 sudu kismis
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu gula halus
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara menyediakan Puding Roti Bakar:
- Masukkan semua bahan A ke dalam satu bekas. Masukkan roti yang dikoyak ke dalam bekas tadi dan biarkan terendam seketika.
- Butter dicairkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi bersama separuh kismis. Gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Baki kismis ditabur ke atas adunan.
- Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Siap
.
Puding Roti Kukus
Puding Roti Kukus
- 6 keping roti dipotong kecil-kecil
- 375ml susu cair
- 2 biji telur
- 3 sudu gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu butter cup
- kismis
- Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati.
- Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang.
- Adunan tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis
- Kukus selama 25 minit dengan api sederhana.
- Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum Puding Roti Kukus dihidangkan...
Resepi Puding Roti Cinnamon
Puding Roti Cinnamon
Bahan-bahan :
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 2 1/2 sudu gula
- 1 sudu mentega
- 200ml susu segar
- 1 sudu kecil cinnamon powder
- esen vanilla
- 2 sudu kismis
- chocolate syrup Hershey's -optional
Cara-cara Puding Roti Cinnamon:
- Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
- Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
- Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
- Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
- Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
- Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
- Bila sejuk, letakkan chocolate syrup Hershey's.
Resepi Puding Roti Istimewa
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan:- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1 sudu butter - cairkan
- 1/4 cawan gula
- 235ml susu cair
- esen vanilla
- kismis
Cara-Cara membuat Puding Roti :
- Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla hingga sebati. Ketepikan.
- Bakar roti dalam toaster hingga garing. Carik-carikkan dan masukkan ke dalam acuan.
- Tabur kismis di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
- Lapiskan dengan adunan telur tadi. Biarkan seketika supaya adunan telur meresap ke dalam roti.Tabur lebihan kismis.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 Chingga keperangan. Lebih kurang selama 25 minit.
- Siap untuk dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)





