Kek Batik Biskut Marie

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Kek Batik Biskut Marie


Bahan bahan:


  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3sudu makan serbuk koko
  • 1tin kecil susu pekat manis
  • Biskut marie


Cara-cara membuat Kek batik biskut marie :


  1. Alaskan Loyang dengan plastik, biarkan plastic melebihi Loyang, jadi dengam mudahnya kek senang dikeluarkan apabila kek dah sejuk
  2. Cairkan butter alam dengan menggunakan api yang agak kecil
  3. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan juga serbuk koko
  4. Gaul hingga halus dan tak berketul lagi
  5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam Loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan dan ratakan
  6. Seterusnya … ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais

, ,