Homemade Cheesy Wedges

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Homemade Cheesy Wedges


Bahan2 Kentang Wedges:
  • 6 biji kentang russet
  • 1 ¼ cawan tepong beras
  • ¼ cawan tepong jagung
  •  1 cawan air
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara menyediakan:
  1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Rebus setengah masak. Agak2 boleh cucuk garfu suku kedalaman kentang. Angkat dan sejukkan 
  2. kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji.
  3. Campurkan semua  bahan kering dalam satu bekas. Kacau sebati. Masukkn air dan telur. Gaul rata. 
  4. Panaskan minyak secukupnya supaya kentang  terendam ketika menggoreng.  Celup kentang dalam adunan satu persatu dan goreng hingga garing. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
  5. Sediakan sos keju seperti DISINI.  Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.
,