Nasi Beriani Ringkas

Koleksi 1001 Resepi Masakan

Carian Resepi

Nasi Beriani Ringkas


 Resepi Nasi Beriani

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga 
  • 2 helai daun pandan disiat dan simpulkan
  • 1/2 cawan gajus 
  •  1/2 cawan kismis 
  •  1 tin susu sejat (susu cair pun ok) 
  •  Air mengikut sukatan beras 
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam secukup rasa 
  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas
Bahan dikisar halus:
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-cara memasak Nasi Beriani Ringkas :

  1. Panaskan minyak sapi dalam ricw cooker. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
  2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras yg telah disejat tadi,  Masak hingga nasi kering. Buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi dah masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. 
  5. Siap untuk dihidang bersama dalca, ayam masak merah, acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging.

, , ,